Utama

23 April 2012

Mencari Kebahagian?

Apa yang terlintas di benak fikiran kita bila membicarakan tentang kebahagiaan? Adakah rumah yang besar menjamin kebahagiaan? Atau kereta yang besar memberi kebahagiaan? Atau harta kekayaan menjanjikan kebahagiaan?

Apakah itu kebahagiaan? Cendekiawan menyatakan bahawa kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah salah satu daripada anugerah dan rahmat dari Allah SWT yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya melalui ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan minda (otak) dan keselesaan perasaan.

Saya yakin kita semua pasti menginginkan kebahagiaan. Namun persoalan yang timbul adalah bagaimana cara untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup kita? Menurut hukamak terdapat lima jalan untuk mencapai kebahagiaan iaitu:
1.  Bermusyawarah dalam melakukan apa sahaja pekerjaan.
2.  Bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan.
3.  Membuat kebaikan setiap hari.
4.  Bersyukur dengan nikmat Allah.
5.  Tidak memuji diri sendiri.

Untuk mencapai kebahagiaan, kita perlulah terus berusaha. Janganlah kita berputusa asa untuk mendapatkan kebahagiaan. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam mengecapi kebahagiaan. Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada kita semua.

Petikan daripada 1001 Mutiara Hikmah dan Kata Nasihat oleh Kamsuri Selamat MA.