Utama

21 April 2012

KAEDAH B2O TERBANG KE SMK (P) ST. GEORGE PULAU PINANG


Untuk kali kedua, SMK (P) St. George Pulau Pinang telah menjemput motivator utama AsasInsan, Che E untuk berkongsi tip dan panduan kemahiran belajar berkesan dengan pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 pada 6 April 2012. Semestinya Kaedah B2O adalah pilihannya.

Sebelum sesi bermula, Che E sempat memutarkan klip video promosi Seminar Kemahiran BelajariMAge yang turut menyelitkan rakaman testimoni salah seorang pelajar SMK (P) St. George yang telah menyertai program ini sewaktu kali pertama dianjurkan. Para pelajar cukup teruja kerana kakak senior mereka tersebut merupakan antara pelajar terbaik SPM sekolah mereka.

Program 4 jam ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar mengetahui tentang kemahiran belajar menggunakan ‘dua otak’. Mengenali Potensi Personaliti Dominasi Otak (PPDO) merupakan permulaan terpenting bagi seorang pelajar agar mereka lebih mengenali diri sendiri dari segi potensi, gaya dan cara belajar. Otak manusia yang terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Ia amat mempengaruhi personaliti dan perilaku seseorang termasuklah cara dan gaya belajar.

Kami bersyukur kerana penyertaan dan maklumbalas daripada 323 orang pelajar tingkatan 4, 5 & 6 dalam program kali ini cukup memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK (P) St. George Pulau Pinang di atas kejayaan menganjurkan program ini.

Harapan kami agar para pelajar lebih menyedari tentang kepentingan kemahiran belajar dan berusaha untuk mempertingkatnya agar belajar menjadi lebih seronok dan memberi hasil yang berbaloi pada masa hadapan.

Terima kasih.

Divisyen Motivasi
AsasInsan Resources & Training