Utama

01 May 2012

BENGKEL KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BENGKEL KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING:
DALAM MENGENDALIKAN ISU KAKITANGAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

 
PENGENALAN
Kaunseling bukan bererti nasihat walaupun terdapat unsur nasihat dalam proses kaunseling yang dikendalikan oleh seseorang kaunselor. Akibatnya istilah kaunseling sering terdedah kepada salah tanggapan umum lantaran ia amat sinonim dengan kemahiran menolong. Kaunseling melibatkan aplikasi teori, teknik, proses dan etika.

Sementara itu, dalam konteks pengurusan sumber manusia, banyak tanggungjawab yang ditugaskan kepada pegawai sumber manusia bermula dari mendapatkan, mengekalkan dan membangunkan tenaga kerja dalam organisasi seperti perancangan, pengrekrutan, pemilihan, orientasi, latihan, penilaian prestasi, ganjaran, kenaikan/turun pangkat, petukaran dan persaraan.

Dalam mengendalikan pelbagai isu yang melibatkan kakitangan dalam pengurusan sumber manusia, keberkesanan pegawai sumber manusia mengendalikannya dapat ditingkatkan apabila mereka memiliki kemahiran perhubungan atau interpersonal yang tinggi. Rasionalnya, bidang sumber manusia melibatkan perhubungan antara individu.

Oleh itu, amatlah wajar untuk mendedahkan pegawai-pegawai dalam bidang ini dengan ilmu dan kemahiran asas kaunseling kerana ia berupaya menambah nilai dan meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme mereka dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

OBJEKTIF
1.     Membantu meningkatkan keyakinan dan keberkesanan pegawai dalam mengendalikan isu berkaitan sumber manusia melalui aplikasi teknik asas kaunseling yang betul.

2.    Membantu meningkatkan kecekapan penyampaian dan kualiti sistem pengurusan sumber manusia.

3.    Meningkatkan dan menambah nilai potensi diri pegawai sumber manusia menerusi kemahiran asas kaunseling.

METODOLOGI
Bengkel ini menggunakan pendekatan pembelajaran secara interaktif melalui pengalaman melalui pembentangan teori, perkongsian pengalaman, diskusi dalam kelompok dan sesi latihan praktikal bagi memudahkan peserta memahami konsep-konsep pembelajaran dan aplikasinya.

SINOPSIS PENGISIAN
1.     Mengenali Dunia Kaunseling
·      Definisi istilah kaunseling, kaunselor dan klien
·      Fungsi kaunselor dalam pembangunan sumber manusia
·      Perbezaan kaunseling dan nasihat
·      Perbezaan kaunseling individu dan kelompok
·      Matlamat, prinsip dan etika kaunseling
·      Penggunaan inventori personaliti dalam kaunseling
·      Peranan Unit Kaunseling dalam Bahagian Sumber Manusia

2.    Kemahiran Asas Kaunseling
·      Kemahiran melayan
·      Kemahiran mendengar
·      Kemahiran menyoal
·      Kemahiran meneroka
·      Kemahiran membuat refleksi dan parafrasa
·      Kemahiran memberi dorongan minima

3.    Proses Kaunseling
·      Membina hubungan
·      Penstrukturan
·      Penerokaan
·      Mengenalpasti masalah
·      Memilih alternatif
·      Perancangan pelan tindakan dan sesi susulan
·      Penamatan

4.    Pengendalian Pekerja Bermasalah Melalui Penerokaan Personaliti
·      Aplikasi Inventori Personaliti Warna (IPW) dan Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
·      Kaedah dan cabaran mengendalikan inventori personaliti
·      Keberkesanan penggunaan inventori personaliti dalam mengendalikan pekerja bermasalah

FASILITATOR/JURULATIH
En. M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak
Pengarah Urusan dan Perunding Utama
AsasInsan Resources & Training

Cr. Nurhazreen Hj. Mohd Nor, SPT Certified,
Kaunselor Berdaftar & Perunding Psikologi
Pusat Kaunseling & Motivasi Keluarga AsasInsan

SIAPA PATUT SERTAI
·         Pengurus Sumber Manusia
·         Pegawai Latihan
·         Pegawai Rundingcara & Bimbingan
·         Pegawai Tatatertib
·         Pegawai Perjawatan
·         Individu perseorangan yang berminat mendalami ilmu kaunseling

Terhad kepada 20 orang peserta.

TARIKH
19 & 20 September 2012 (Rabu & Khamis)

MASA
9.00 pagi - 5.00 petang

TEMPAT
Hotel Residence Uniten, Bangi

ATURCARA PROGRAM
Hari Pertama
0800     Pendaftaran Peserta
0900     Sesi 1: Ta’aruf & Teroka Diri
1030      Minum Pagi
1100       Sesi 2: Apa Itu Kaunseling Dan Aplikasinya Dalam Pengurusan Sumber Manusia
1300      Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415       Sesi 3: Kemahiran Asas & Proses Kaunseling
1615       Sesi 4: Latihan Simulasi 1
1700      Sesi Hari Pertama Tamat & Minum Petang

Hari Kedua
0830     Slot Terapi Relaksasi
0900     Sesi 5: Pengendalian Pekerja Bermasalah Melalui Inventori Personaliti Warna (IPW)
1030      Minum Pagi
1100       Sesi 6: Pengendalian Pekerja Bermasalah Melalui Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)
1300      Makan Tengahari & Solat Zuhur
1415       Sesi 7: Latihan Simulasi 2
1630      Rumusan, Penilaian & Penyampaian Sijil Penyertaan
1700      Minum Petang & Bersurai

YURAN PENYERTAAN
Individu               RM1,200 seorang
Early bird            RM1,100 seorang (Daftar sebelum 31 Ogos 2012)
Berkumpulan    RM3,300 (3 orang)

PENDAFTARAN
Untuk mendaftar sila hubungi Eksekutif Divisyen Kaunseling kami, Cik Rodiah Daud di talian 03-8922 2934.

Sila klik imej brosur dan borang penyertaan di bawah untuk besarkan, copy & cetak.