Biodata Perunding Psikologi Kaunseling


Cr. Nurhazreen Hj. Mohd Nor

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Ijazah Sarjana Kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Pengalaman kerja beliau bermula sebagai eksekutif latihan di Pantai Medical Centre Nursing School pada tahun 2000 dan kemudian bertugas lebih 10 tahun sebagai Pegawai Psikologi Kanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula pada tahun 2002. Pada 2013 beliau mengasaskan pusat kaunseling di AsasInsan Resources & Training sehingga 2018 sebelum kembali bertugas sebagai Pegawai Psikologi di Bahagian Sumber Manusia USIM.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di USIM, beliau pernah dilantik sebagai wakil universiti dalam Majlis Kaunseling Dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA), pegawai audit dalaman dan pegawai rundingcara Bahagian Sumber Manusia.

Beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai bentuk latihan pembangunan insan khususnya dalam bidang psikologi dan kaunseling. Beliau telah mengendalikan bengkel-bengkel latihan kemahiran kaunseling yang turut disertai oleh pengurus, ketua jabatan dan pegawai sumber manusia badan-badan kerajaaan dan korporat seperti TNB, Syabas, MyIPO, SPRM, PKNS, PMINT, Bank Rakyat, Bank Negara Malaysia, Yayasan Selangor, KFC, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam, SEDCO dan banyak.

Beliau juga merupakan pengamal bertauliah Pengujian Psikologi Sidek (SPT) dan Neuro Linguistic Programming (NLP). Bertugas sebagai pegawai psikologi dalam organisasi dan mengendalikan pelbagai kes-kes kaunseling yang melibatkan kakitangan seperti konflik pekerja-ketua, tekanan dan burn out, beban tugas, isu rumahtangga dan disiplin kerja menjadikan beliau cukup berpengalaman, hands on dan sangat memahami latar peserta-pesertanya dalam mengendalikan latihan-latihan kemahiran kaunseling.

Beliau berpengalaman luas mengendalikan pelbagai kes-kes kaunseling seperti isu rumahtangga, kes remaja, tekanan tempat kerja, masalah personaliti, masalah komunikasi dalam keluarga dan bermacam-macam lagi.