Biodata Perunding Utama


M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak (Che E) 
Beliau merupakan Perunding Utama AsasInsan Resources & Training. Pengalaman kerjaya beliau bermula sejak tahun 2000 sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu penasihat undang-undang kanan di Petronas dan mengajar sebagai tutor sambilan di Fakulti Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau terlibat mengendalikan program latihan pembangunan diri sejak 1995. Sehingga kini beliau telah mengendalikan pelbagai bentuk program motivasi dan latihan untuk lebih 30 ribu peserta di seluruh negara melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta, belia, mahasiswa dan pelajar. Kemahiran beliau meliputi aspek peningkatan estim diri, pengukuhan semangat kerja berpasukan, kepimpinan tauhidik, interaksi sihat di tempat kerja, budaya  kerja kelas pertama, pengurusan stress dan kesihatan psikologi, persediaan persaraan, kecerdasan rohani (SQ) dan emosi (EQ) dalam kerja, kemahiran komunikasi berkesan dan pengurusan emosi.

Selain daripada mengendalikan bengkel dan seminar motivasi, beliau juga mengendalikan sesi bimbingan motivasi personal (life coaching) untuk membantu individu-individu yang memerlukan bagi meningkatkan tahap keyakinan, keupayaan dan motivasi diri.