BENGKEL TERAPI RELAKSASI (Mengurangkan Stress Di Tempat Kerja)

Mengurus Stres Melalui Terapi Seni & Ekspresif
Stres tidak boleh dielakkan. Tetapi ia mesti diurus dengan baik. Sesekali melakukan aktiviti segar, seronok dan lari daripada rutin pasti akan melegakan fikiran.

Anda tahu kakitangan anda yang sering mengalami stres? Pekerja yang mengalami tekanan yang tinggi akan menunjukkan simptom tertentu. Paling ketara ialah kualiti kerja dan motivasi diri merosot. Mereka sering melakukan kesilapan dalam tugas. Proses penerimaan dan pelaksanaan arahan akan terjejas. Stres juga akan mempengaruhi kualiti perhubungannya dengan pekerja-pekerja yang lain. Jika ramai kakitangan yang mengalami keadaan sebegini, sudah pasti pretasi sesebuah organisasi atau jabatan juga boleh terjejas.

Ringkasnya, isu stres di tempat kerja bukan isu peribadi kaitangan tetapi adalah perkara yang sepatutnya menjadi perhatian organisasi atau majikan. Oleh itu, bagi memastikan kesihatan mental dan emosi kakitangan sentiasa berada pada tahap stabil dan terbaik, program intervensi stres adalah satu keperluan dalam organisasi.

Bengkel kreatif ini akan membantu kakitangan anda mengurus stres yang dialami dengan berkongsi isu diri melalui aktiviti segar yang ekspresif dan teraputik. Fasilitator akan berkongsi tip-tip praktikal bagaimana seseorang pekerja boleh menghadapi tekanan dengan lebih baik, matang dan rasional selepas ini.

Apa yang berbeza dengan bengkel ini ialah metodologi pengendaliannya yang berbeza dengan metod kursus yang lazim kerana ia menggunakan pendekatan yang teraputik dan bukannya akademik.

OBJEKTIF LATIHAN
1. Membantu organisasi menyediakan program pengurusan kesihatan mental dan emosi untuk kakitangan.
2. Membantu memulihkan prestasi kakitangan yang terkesan akibat stres yang gagal diurus dengan baik.
3. Mendedahkan gabungan art therapy dan psikoteraputik sebagai kaedah rawatan stres yang mudah, ekspresif dan berkesan.

KESAN PASCA LATIHAN
1. Tahap tekanan dapat dikurangkan
2. Emosi menjadi lebih stabil
3. Fikiran dan tindakan lebih rasional
4. Prestasi dan produktiviti meningkat

METODOLOGI LATIHAN
Bengkel ini menggunakan pendekatan pembelajaran secara interaktif melalui pembentangan teori, perkongsian pengalaman, kelompok diskusi dan sesi simulasi bagi memudahkan peserta memahami konsep-konsep pembelajaran dan aplikasinya.

SIAPA PATUT SERTAI
Bengkel Terapi Relaksasi sesuai untuk disertai oleh semua peringkat kakitangan dalam organisasi. Dari kakitangan sokongan sehingga kumpulan pengurusan tertinggi boleh memanfaatkan bengkel ini untuk kesejahteraan mental dan emosi.

SINOPSIS KANDUNGAN
1. Relaksasi Melalui Terapi Seni
- Menggunakan medium warna, lakaran, pencorakan  dan lukisan yang kreatif, bebas serta menceriakan.
- Membantu individu meluahkan fikiran, perasaan dan pengalaman secara terbuka dan ekspresif.
- Kaedah alternatif kepada individu yang sukar mengekspresi diri melalui kaedah konvensional.

2. Relaksasi Melalui Terapi Ekspresif
- Menggunakan medium permainan, muzik dan pergerakan.
- Menterjemahkan luahan melalui daya imaginasi.
- Membantu meredakan kesan stres ke atas fisiologi (tubuh badan) seperti rentak pernafasan, aliran darah dan keselesaan sendi.

LOGISTIK PENGANJURAN
Tempoh: 4 jam (1/2 hari) atau 8 jam (1 hari)


Jumlah Peserta: 30-100 orang


Tempat: Bilik seminar di pejabat organisasi penganjur



Sila hubungi pejabat kami di talian 03-8922 2934 untuk maklumat lanjut dan sebutharga.