Bengkel Teknik & Kemahiran Asas Kaunseling





FAEDAH MENYERTAI BENGKEL INI

1. Memiliki perspektif dan pemahaman yang tepat tentang kaunseling dan aplikasinya dalam tugasan membimbing dan menasihat.

2. Memahami personaliti diri sendiri dan orang lain melalui ilmu kaunseling agar lebih berkesan dalam membantu orang lain.

3. Mampu mengaplikasikan pendekatan kaunseling yang betul dalam proses kerja yang berkaitan.

3. Memahami secara praktikal teknik dan kemahiran asas mengendalikan sesi kaunseling.

3. Meningkatkan keyakinan diri, kemahiran dan kecekapan dalam mengendalikan sesi kaunseling.


PENGISIAN

1. Memahami Dunia Kaunseling
Definisi istilah kaunseling, kaunselor dan klien
Perbezaan antara kaunseling dan nasihat
Jenis sesi kaunseling
Ciri-ciri kaunselor
Matlamat, prinsip dan etika kaunseling
Kepentingan perkhidmatan kaunseling

2. Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran melayan
Kemahiran mendengar
Kemahiran menyoal
Kemahiran meneroka
Kemahiran membuat refleksi
Kemahiran memparafrasa
Kemahiran memberi dorongan minima
Kemahiran konfrontasi
Kemahiran menghadapi kesenyapan

3. Proses & Teknik Kaunseling
Membina hubungan
Penstrukturan
Penerokaan
Mengenal pasti masalah
Memilih alternatif
Pelan rawatan dan tindakan
Penamatan


KUMPULAN SASARAN

Pegawai Sumber Manusia
Pegawai Latihan
Pegawai Rundingcara & Bimbingan
Pegawai Agama
Pegawai Tatatertib
Pengurus & Penyelia
Ketua Jabatan


INFO UNTUK ANJURKAN PROGRAM INI

Durasi : 2 Hari (9am – 5pm)

Peserta : 30 orang (maksimum)

Yuran : RM5,500 sahaja (tidak termasuk caj perjalanan utk program di Pantai Timur, Utara, Sabah & Sarawak)


3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENEMPAH TARIKH

1. Pilih tarikh yang sesuai.

2. Hubungi kami di talian 03-89222934 untuk tempah tarikh yang dipilih.

3. Emelkan jemputan rasmi kepada kami ke tanya@asasinsan.com.


ULASAN PESERTA

Bengkel ini sungguh menarik dan memberi kesan yang mendalam dalam diri saya untuk menghadapi tugas seharian dan keluarga.
Tn. Hj. Abd. Kahar Hj. Ali, Pegawai Penasihat Keluarga Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam

Bengkel ini perlu dipanjangkan kepada pegawai yang mengendalikan sesi kaunseling supaya lebih mahir dan cekap.
En. Shazli Abdul Kadir, Pen. Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak

Teruskan dengan simulasi sesi kaunseling yang praktikal dan berkesan.
En. Abdul Ghani Che’ Mat, Pengurus Sumber Manusia Johor Port Berhad

Dapat menambahkan dan meningkatkan ilmu kaunseling yang ada pada saya dan sangat sesuai diterapkan dalam tugasan seharian saya. Mudah-mudahan ada peluang untuk mengikuti sesi lanjutan dalam sesi lain akan datang.
En. Panglima Halidi Panglima Haji Ibrahim, Pegawai Penasihat Keluarga Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam

Bengkel ini menepati objektif dan matlamat yang perlu ada pada prakaunselor yang berminat dan komited.
Pn. Sabariah bt. Abdul Wahid, Pen. Pegawai Tadbir PKNS

Latihan simulasi dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah kaunseling di kalangan klien.
En. Zahari Daud, Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pahang

Menariknya bengkel ini memberi pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi kaunseling dalam masyarakat dan peranannya dalam menangani masalah sosial.
En. Mohd Hatta Othman, Penolong Kaunselor Pusat Kaunseling MAINS