BAITI-JANNATI; DARI ‘SYURGA’ KE PEJABAT
Tingkatkan
Motivasi Bekerja Melalui Kemahiran Parenting Berkesan
“Apa yang anda lakukan di luar waktu kerja amat
mempengaruhi kecekapan anda dalam bekerja.” - Zig Ziglar, motivator tersohor Amerika.
Cekapkah
kerja anda di pejabat sekiranya fikiran dan emosi sering terganggu memikirkan
perihal anak-anak di rumah. Pencapaian di sekolah, perangai dengan
adik-beradik, pergaulan dengan rakan-rakan, pengaruh hiburan dan internet, dan
bermacam-macam lagi.
Sesetengah
kita, masa sehariannya lebih tertumpu kepada kerja berbanding anak-anak di
rumah. Tersedar hanya apabila sesuatu berlaku terhadap mereka. Sakit,
kemalangan, gagal dalam peperiksaan, bercinta, bergaduh di sekolah, lari dari
rumah dan sebagainya.
Kursus
padat ini mendedahkan kakitangan anda dengan teknik-teknik parenting berkesan yang sesuai untuk ibubapa bekerja (working parents). Selepas ini,
kakitangan anda berupaya dan lebih mahir memanfaatkan ‘kecemerlangan@rumah’
untuk cemerlang di pejabat, dan begitu jugalah sebaliknya.
Fokus
kursus ini ialah membantu meningkatkan kesejahteraan emosi dan spiritual
kakitangan. Ia sesuai dihadiri oleh semua peringkat kakitangan terutama yang
mempunyai anak-anak bersekolah.
OBJEKTIF
Tingkatkan Kesedaran
Memahami bahawa hubungan erat dan bahagia dengan
anak-anak di rumah amat memberi kesan terhadap motivasi dan kualiti bekerja di
pejabat.
Tambah Pengetahuan
Memahami teknik-teknik berkesan, mudah dan praktikal
dalam meningkatkan kualiti perhubungan ibubapa-anak di rumah.
Tingkatkan Kemahiran
Mahir mempraktikkan teknik parenting berkesan seusai kerja dan menilai kesannya terhadap diri
sendiri di rumah dan di tempat kerja.
PENGISIAN
1. Kenapa Emosi Di Rumah Penting Untuk Kerja?
- Rumah
Anda Syurga Atau RNR?
- Bos
Marah, Balik Rumah Anda Bawa Apa?
2. Betulkah
Ada Masa Berkualiti?
- Berapa
Lama Masa Berkualiti?
- Di
Mana Dan Bagaimana Mencari Masa Berkualiti?
3. Interaksi:
Kunci Kesihatan Emosi Ibubapa Dan Anak
- Apa
Silapnya Cara Anda Berinteraksi?
- Bagaimana
Cara Interaksi Ibubapa-Anak Yang Berkesan?
4. Kecerdasan
Rohani Di Rumah: Mengasas Budaya Integriti
- Kenalkan
Tuhan Kepada Mereka.
- Cara
Mudah Ajar Agama Kepada Anak Walaupun Anda Bukan Ustaz?
5. Pencapaian
Di Sekolah: Apa Patut Anda Tahu?
- Betulkah
Sekolah Mendidik Anak-Anak Anda?
- Bagaimana
Menjadi Guru Yang Baik Di Rumah?
Info Untuk Menganjurkan Program Ini
Durasi : 4 jam (1/2 hari)
Peserta : Semua peringkat kakitangan
Jumlah : 100 orang (maksimum)
Tempat : Dewan/bilik latihan organisasi penganjur
Yuran : RM2,500 sahaja (tidak termasuk caj perjalanan utk program di Pantai Timur, Utara, Sabah & Sarawak)
3
Langkah Mudah Untuk Menempah Tarikh
1. Pilih tarikh yang sesuai.
2. Hubungi kami di talian 03-89222934 untuk tempah tarikh yang dipilih.
3. Emelkan jemputan rasmi kepada kami ke tanya@asasinsan.com.