23 November 2014

Kem Cuti Sekolah Di Masjid Untuk Remaja 2014


Assalamu 'alaikum para ibubapa dan adik-adik remaja sekalian...

Alhamdulillah I'BAD CAMP! 2014 datang lagi....

Jom kita daftar ramai-ramai sebelum terlambat.

Tahun ini lebih banyak aktiviti menarik dalam I'BAD CAMP!. Lain dari tahun-tahun sebelum ini.

Jom kita layan camping dahulu sebelum kita balik kampung melayan atuk dan nenek pula.

I'BAD CAMP! tahun ini akan berada di 5 lokasi sekitar Selangor:-

1. 28-30 Nov. 2014 - Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya
2. 3-6 Dis. 2014 - Masjid Al Ridha, Sepang
3. 12-14 Dis. 2014 - Masjid Al Islahiah, Kuang
4. 19-21 Dis. 2014 - Masjid Asy-Syakirin, Dengkil
5. 26-28 Dis. 2014 - Masjid Bandar Utama Batang Kali

Untuk mendaftar, sila hubungi kami di talian 03-8922 2934.