01 May 2014

Lambaian Ramadhan 1435H/2014


Assalamualaikum wrt wbkh

Alhamdulillah, pejam-celik, pejam-celik kita dah masuk 1 Rejab 1435H. Selepas Rejab bulan apa? Syaaban... Maknanya betul-betul ada 2 bulan lagi sebelum kita masuk bulan yang meriah dengan ibadah, Ramadhan al Mubarak. Bagaimana prestasi Ramadhan kita tahun lepas? A, B atau C? Sama-samalah kita bermuhasabah.



Saya dan ahli keluarga AsasInsan ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi NOTIS PERINGATAN PERSAHABATAN kepada semua klien, bekas peserta, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang melayari laman blog KlinikMotivasi untuk sama-sama kita bersiap sedia menyambut bulan mulia penuh keberkatan ini. Jika hati merasai gembira dengan datangnya Ramadhan, Rasulullah SAW kata kita dah dapat pahala. Wow! besarnya rahmat Ilahi untuk hamba-hambanya. JOM!

Semoga ada manfaat untuk kita semua. Wallahu a'lam

Terima kasih
Che E