11 October 2013

Jawatan Kosong - PEMBANTU PROGRAM & PEJABAT


AsasInsan Resources & Training sebuah firma perunding latihan, motivasi dan kaunseling yang berpejabat di Bandar Seri Putra, Bangi mempelawa individu yang layak untuk mengisi jawatan kosong di atas.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Kelayakan minima:
1. Memiliki sekurang-kurangnya SPM.
2. Tiada kelulusan tetapi memiliki kemahiran yang diperlukan juga boleh memohon.
3. Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja.

Kemahiran diperlukan (WAJIB):
1. Mahir berkomunikasi
2. Mahir menggunakan komputer
3. Mahir mengendalikan peralatan teknikal; LCD projektor, laptop dan PA system
4. Mahir menggunakan kamera DSLR dan kamera video
5. Mahir menguruskan inventori, stok dan stor
6. Mahir memandu (tiada rekod saman JPJ dan Polis)

Skop tugas:
1.     Menghantar dan mengambil dokumen.
2.    Menyediakan dan mengemas peralatan sebelum dan selepas program.
3.    Menyediakan dan mengemas bilik latihan AsasInsan.
4.   Memasang peralatan teknikal dan P.A. system.
5.    Menjadi urusetia program spt. urus pendaftaran, edar borang dan bahan latihan.
6.   Menjadi fotografer dan cameraman semasa program.
7.    Menjadi pemandu kepada trainer ke tempat program.
8.   Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Pengurus Operasi dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat lain:
1.     Jaga solat fardhu 5 waktu
2.    Tidak merokok
3.    Memiliki lesen memandu & kenderaan sendiri
4.   Memiliki ketahanan fizikal (fitness) yang tinggi
5.    Berdikari (Rajin, Inisiatif Tinggi & Proaktif)
6.   Cepat faham dan suka belajar perkara baru
7.    Tahan dan suka cabaran
8.   Boleh kerja lebih masa, hujung minggu & luar kawasan (outstation)

Faedah yang disediakan:
1. Gaji pokok RM1,100 sebulan
2. Caruman KWSP & Perkeso
4. Latihan dan kursus
5. Elaun perubatan diri dan keluarga
7. Insentif perkahwinan
8. Insentif kelahiran anak
9. Cuti (rehat, sakit, bersalin)

Berminat?
Segera hantarkan resume anda ke beourteamairt@gmail.com. Sila nyatakan dalam resume anda perkara-perkara berikut:-

1.     Kemahiran berkaitan
2.    Pengalaman bekerja (majikan, jawatan, tempoh & gaji)

Calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Disediakan oleh:
Unit Sumber Manusia
Divisyen Pentadbiran & Kewangan
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING (1495566-V)
No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra
43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 03 8922 2934
Faks: 03 8922 3934
Emel: tanya@asasinsan.com

13 Mac 2015