Selepas
solat Isya’ malam tadi, saya sempat berborak santai dengan bekas pensyarah saya
semasa di UIA dulu, sambil menikmati sup kaki ayam sumbangan jemaah surau yang
pemurah.
Tiba-tiba
anaknya datang minta satu gula-gula lollipop. Dia tanya anaknya sudahkah
kawan-kawan yang lain dapat gula-gula. Anaknya mengangguk. Jadi sekarang
giliran dia pula. Si pensyarah itu pun menyeluk kocek dan memberi satu
gula-gula kepada anaknya. Orang tua bawa gula-gula lollipop ke surau? Satu
perbuatan yang sangat sunnah dan ‘dakwah bil hal’ sifatnya.
“Itu
anak bongsu Dr. kah?” Dia jawab “Bukan! Tapi yang paling muda setakat ini.” Dia
gelak dan saya tergamam.
“Sheikh,
kita terima apa sahaja rezeki yang Allah bagi. Kalau Allah nak bagi lagi saya
terima.”
“Berapa
orang semua anak Dr.?” Saya cuba merungkai. “11!” Jawabnya. Saya bertanya lagi
“from one mother?” “Yup!” Dia jawab yakin sambil menghirup lazat sup panas
suam-suam kuku.
Perbualan
kami tentang peranan seorang ibu berterusan. Ini antara mutiara yang sempat
saya hadam;
1. Jika isteri
bekerja, bila anak jatuh di rumah dan luka, siapa akan ‘sambut’ dia? Pasti
orang gaji! Ikatan emosi anak dengan seorang ibu adalah luar biasa dan tiada
sesiapa dapat menggantikan tempat ibu. Anak perlukan ibu waktu itu! Bukan orang
lain.
2. Cara seorang
ibu ‘sambut’ anak yang jatuh pasti berbeza dari orang lain kerana anak itu
adalah ‘daging dan darahnya’ sendiri.
3. Jangan minta
isteri anda menjadi super woman! Jadi pekerja dan jadi ibu dalam satu
masa yang sama. Anda perlu pilih.
4. Jangan pisahkan
anak kecil berusia 3-4 tahun dari ibunya atas alasan pendidikan. Tempoh itu
adalah masa mereka untuk berada di rumah dan bermain. Itu cara mereka belajar. Ibulah
orang terbaik mendampingi mereka waktu itu dan bukan orang lain.
5. Tiada istilah quality
time. Itu semua alasan (excuse) kerana kita tidak dapat atau tidak
mahu berikan hak masa yang sepatutnya anak-anak dapat.
6. Rezeki yang seorang
ayah bawa balik setiap hari pasti cukup untuk semua ahli keluarganya. Yakinlah
kerana itu janji Allah.
Pensyarah
itu menutup borak santai kami dengan satu statement yang saya kira cukup
deep. Dia kata “kalau satu masa nanti anak-anak saya bertanya apa yang
telah saya buat untuk mereka, saya akan jawab I gave you a 24-hour mother!”
Sup
habis, dia beredar dan saya cuci semua mangkuk.
Terima
kasih kerana membaca. Semoga memberi kesan. Mohon sebarkan jika bermanfaat.
Wallahu
a’lam
Che
E
11
Januari 2019