Sedang
saya sibuk menyiapkan bahan PowerPoint untuk Bengkel BaitiJannati di USM Pulau
Pinang baru-baru ini, saya sempat menguji anak bongsu saya yang berusia 5 tahun
lebih dengan gambar ini.
Saya: Cuba
Hamzah tengok gambar ni. Apa dia buat?
Dia
berhenti melukis dan terus meluru ke meja kerja saya. Dia senyum dan ambil masa
untuk menjawab.
Hamzah:
Emm.. dia sayang anak dia.
Saya: Oooh…
lagi?
Hamzah:
Dia suka anak dia.
Saya: Emm..
lagi?
Hamzah:
Eemm.. ayah dia tak marah anak dia.
Saya: Oh
ok… lagi?
Dia
terus senyum dan berfikir.
Hamzah:
Eemm… anak dia pun sayang ayah dia.
Saya: Oh
ye ker. Ayah buat tak macam ni kat Hamzah?
Hamzah:
Buat. Eh! Hari ini belum lagi…
Kami ketawa
dan terus berpelukan. Selepas itu dia menyambung semula aktiviti melukisnya
sedang saya pula terkedu seketika. Berfikir.
Kenapa dia
langsung tidak menyebut perkataan ‘PELUK’ sedangkan itulah yang jelas KELIHATAN
dalam gambar tersebut?
Rupa-rupanya
anak kecil melihat sekelilingnya dengan pandangan MATA HATI. Sebaliknya kita
orang dewasa kerap melihat sesuatu dengan MATA KASAR.
Minda bawah
sedarnya menafsirkan PELUKAN dalam gambar itu sebagai KASIH SAYANG mungkin
kerana sejak dari dia bayi lagi saya memberinya kasih sayang (pelukan) setiap
hari. Saya amat-amat bersyukur.
Saya cuba
bayangkan apa mungkin jawapan dia kalau saya jarang-jarang memeluknya atau
langsung tidak pernah memeluknya.
Ternyata
sentuhan dan pelukan menghidupkan emosi segar yang menyuburkan rasa kasih dan sayang.
Peluklah insan-insan yang kita sayangi.
Wallahu
a’lam.
Che E