Nak kaya seperti orang lain? Jom hari ini kita mula ‘berfikir besar’ (think big). Berfikiran besar akan ‘menghasilkan’ diri kita yang sebenar kerana diri kita adalah produk fikiran kita sendiri.
Menurut Dr.
David J. Schwartz dalam bukunya The Magic
of Thinking Big, minda kita ibarat sebuah kilang yang besar dan hebat
sebenarnya. Ia beroperasi mengeluarkan produk (fikiran) dalam jumlah yang tak terbilang
banyaknya setiap hari. Produk yang terhasil inilah yang akan membentuk siapa diri
kita.
Jika hebat
kualiti produk kilang ini, maka hebatlah diri anda. Dan jika rendah kualiti produk
kilang ini, maka itulah diri anda.
Kilang kita
ini dikendalikan oleh ‘dua orang Pengurus Besar’. Pengurus Besar pertama saya
panggil En. Segala Bin Mudah dan yang kedua saya panggil En. Segala Bin Susah.
Dr. David memanggilnya Mr. Triumph dan Mr. Defeat.
En. Segala
Mudah bertanggungjawab memastikan kilang anda menghasilkan produk yang hebat
dan positif. Dia pakar dalam mencari sebab kenapa anda boleh, kenapa anda layak,
kenapa anda hebat dan akhirnya memang anda berjaya.
Sebaliknya
En. Segala Susah pula pakar dalam menghasilkan produk negatif, lemah dan
menggagalkan. Dia pakar memberi anda alasan kenapa anda tak boleh, kenapa anda
lemah, kenapa anda tiada kelebihan dan akhirnya memang anda gagal.
Dua orang Pengurus
Besar kilang anda ini amat setia, rajin dan sensitif. Mereka sentiasa berebut-rebut
untuk menerima arahan daripada anda dan akan terus memulakan tugas. Apa yang
anda perlu lakukan hanyalah memberi isyarat mudah.
Jika isyarat
positif yang anda berikan seperti mengangguk-angguk dan senyum maka En. Segala
Mudah akan bingkas tampil dan mulakan operasi kilang anda dan begitu jugalah
sebaliknya jika isyarat negatif yang anda beri seperti menggeleng-geleng dan
memuncungkan mulut maka sepantas kilat En. Segala Susah akan memulakan
tugasnya.
Mari kita
cuba teknik mudah memberi isyarat kepada dua orang Pengurus Besar ini.
Anda sangat berpotensi
untuk menggantikan bos anda suatu masa nanti. Sekarang, angguk-anggukkan kepala
anda dan senyum. BERHENTI. Sekarang, cuba pula geleng-gelengkan kepala dan muncungkan
mulut anda. Dapatkah anda rasakan perbezaan operasi kilang anda?
Sekarang anda
pilih siapa yang anda mahu untuk mengurus kilang anda? Siapa pun diri kita
sekarang, dengan berfikiran besar, kita boleh menjadi seseorang yang jauh lebih
hebat.
Pemimpin-pemimpin
kita, bukan semua asalnya ‘seseorang’ seperti mereka hari ini. Tokoh-tokoh
korporat dan akademik, ramai di kalangan mereka juga satu masa dulu hanyalah
orang biasa.
Dengan
pilihan yang tepat, saya, anda dan kita semua boleh menjadi jauh lebih hebat
daripada hari ini. Jom buat pilihan hari ini dan saya amat setuju dengan Henry
Ford apabila dia berkata “If you think
you can or you think you cannot, you are right.”
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat.
Che E
Perunding Utama AsasInsan
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat.
Che E
Perunding Utama AsasInsan