Assalamu 'alaikum wrt. wbh.
Alhamdulillah, warga kerja AsasInsan sangat menghargai dan berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh banyak organisasi samada kerajaan mahupun swasta berkenaan penganjuran program Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1433H.
Pihak pengurusan AsasInsan berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan ruang masa (yang sebenarnya sangat terhad) untuk memenuhi permintaan organisasi untuk menganjurkan program ini.
Program yang bercorak Muhasabah dan Motivasi Diri sempena bulan Ramadhan ini telahpun memulakan siri pertamanya pada 24 Julai lepas di TH Plantation Bhd bertempat di Dewan Perkasa tingkat 27 Bangunan TH Selborn. Alhamdulillah, maklumbalas peserta amat memberangsangkan. Klik di sini untuk gambar-gambar program.
Harapan kami semoga program ini dapat memberi impak kepada peserta khususnya dalam meluaskan perspektif diri tentang peranan sebagai pekerja, suami-isteri, ibubapa, ahli masyarakat dan yang paling utama hamba Allah SWT yang diberi amanah sebagai khalifahNya di muka bumi ini.
Selamat Berterapi dan Menjalani Ibadah Ramadhan.
Terima kasih. Wassalam
Che E