21 May 2012

Bengkel Estim Diri Majlis Perbandaran Nilai 2012


Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang telah berjaya menamatkan Bengkel Tingkatkan Estim Diri; Tip Mudah Seronok Bekerja dengan penuh gaya dan motivasi. Ternyata dan terbukti anda semua HEBAT!

Satu sahaja harapan kami ialah agar ESTIM DIRI semua kekal tinggi untuk mengahadapi apa jua cabaran kehidupan dan kerja yang bakal dilalui  selepas ini. Seronoklah jadi diri kita sendiri. Ingat sentiasa untuk senyum dan berkata positif kepada 'orang' pertama yang anda lihat di dalam cermin setiap hari.

Che E dan Team AsasInsan sangat teruja berprogram dengan warga ceria MPN. Pelbagai gelagat, beraneka ragam tetapi terasa seperti sebuah KELUARGA yang Bahagia. Semoga semangat ini berkekalan.

Terima kasih kepada Jabatan Khidmat Pengurusan yang diterajui oleh seorang ketua yang cool tapi serius En. Alias Mansor di atas kejayaan menganjurkan program ini. AsasInsan memandang ke hadapan untuk terus bekerjasama pada masa-masa akan datang.

Che E dan Team AsasInsan doakan yang terbaik untuk semua warga MPN. Keseronokan kita bekerja sebenarnya turut memberi kesan positif kepada orang lain. Insya Allah. Untuk lihat gambar-gambar aksi menarik sepanjang kita berprogram silalah klik link di bawah:

Siri 1: 9 & 10 Mei 2012
Siri 2: 16 & 17 Mei 2012

Terima kasih.