Segala puji bagi
Allah dan selawat serta salam ke atas Rasul junjungan.
Tahniah kepada Unit
Bimbingan Kaunseling SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi di atas kejayaan
menganjurkan Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge; Teknik Ulangkaji
Berkesan (Kaedah B20) pada 17 dan 19 April 2012.
Mengendalikan
pelajar tingkatan 1, bukan seorang dua tetapi 563 orang, bukanlah tugas mudah.
Pelbagai ragam, watak dan gelagat. Bagi motivator utama kami, Che E atau yang
lebih mesra dipanggil Abg E oleh para peserta, ia satu lagi platform untuk
melatih diri meningkatkan kemahiran dan kecekapan selain peluang menambah ilmu
tentang proses perkembangan manusia. Tempoh 4 jam dijana dengan penuh tenaga
untuk memberikan input yang terbaik mengenai kemahiran belajar kepada para
pelajar yang menyertai.
Keterujaan
pelajar mengetahui kecenderungan otak mereka menggamitkan lagi suasana Dewan
Tun Seri Lanang, SMK Jalan Tiga. Teknik ulangkaji “Irama” membantu pelajar
mengingat 24 digit angka dalam masa yang begitu singkat. Teknik penceritaan
menggunakan “Imaginasi” boleh digunakan oleh pelajar untuk mengulangkaji secara
berkesan.
Majoriti pelajar
mempunyai gaya prestasi Warna Kuning. Mereka perlu lebih berusaha untuk
mencapai prestasi yang lebih baik. Bagi yang mempunyai gaya prestasi Warna
Merah, tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah memulakan langkah bijak
dengan menghadiri program ini. Yang pasti, kini mereka tahu bahawa mereka masih
ada waktu untuk berusaha menggapai prestasi yang cemerlang. Bagi pelajar yang
mendapat gaya prestasi Warna Hijau, kekalkan momentum, teruskan usaha dan
bantulah rakan-rakan yang lain. Lebih banyak kita membantu orang lain, maka lebih
banyak Allah SWT ‘sampai’ kepada kita.
Para pelajar memberi respon yang amat positif
sepanjang program ini. Harapan kami semoga perkongsian
tersebut mampu membantu mereka untuk melakukan sedikit anjakan positif dalam
diri dan kehidupan. Tahniah!
Semoga
bermanfaat dan selamat maju jaya. Untuk
gambar-gambar program, sila klik di sini.
Terima kasih.
Divisyen Motivasi
AsasInsan
Resources & Training