Kalau nak tahu lanjut mengenai siri FREE TALK ini; bila tarikh terdekat, apa tajuk diskusi minggu ini, siapa speaker atau apa jua yang anda nak tahu, hubungilah kami di talian ini...
03 8922 2934
Tuan-tuan & puan-puan tidak kira usia, pangkat dan pekerjaan adalah dijemput hadir. Kami sangat mengalu-alukan warga Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota untuk 'take part'. Kami hanya sepelaung terjarak dari tempat tuan-puan. Yang dari tempat lain juga amat dialu-alukan. Orang kata hendak seribu daya...
Jangan lepaskan peluang baik ini untuk segarkan Minda dan Jiwa sambil-sambil berkenalan dan berkongsi rasa dengan rakan-rakan baru yang mungkin melalui pengalaman yang serupa seperti yang dilalui oleh tuan-puan.
MUNGKIN free talk macam ini susah nak jumpa kat tempat lain. JOM!..
Tajuk-tajuk menarik diskusi menanti anda...
Siri
9 : 05 September 2012
Tanpa Ijazah; Bumi Tetap Bulat?
(Menangani Anak Tidak Minat Belajar).
Siri
10 : 19 September 2012
Hubungan Mertua Vs Menantu : Bagaimana Mencari Keserasian?
Siri 11 :04 Oktober 2012
Law of Attraction (LOA) : Tips Memiliki Keinginan.
Siri 12 : 18 Oktober 2012
Menjadi Individu Menarik & Terampil : Ketahui Rahsianya.
Siri 13 : 07 November 2012
Menjadi Pekerja Yang Disukai Bos, Dihormati Rakan-rakan.
Siri 14 : 21 November 2012
Bagaimana Atasi Perasaan Cemburu Kepada Pasangan?
Siri 15 : 05 Disember 2012
Pasangan Romantik Vs Pasangan Hambar : Kenali Pasangan Anda Melalui Personaliti Warna.
Siri 16 : 19 Disember 2012
Peristiwa Sedih Yang Tidak Dapat Saya Lupakan Dalam Hidup : Bagaimana Cara Kendalinya?
Untuk hadir, tuan-puan digalakkan untuk menghubungi kami terlebih dahulu untuk bertanyakan kekosongan tempat kerana tempat adalah terhad.
Setiap sesi kami hadkan kepada 20 peserta sahaja.
Maklumat masa dan tempat adalah seperti berikut:
Masa :
9.00 mlm - 10.30 mlm (Rabu minggu 1 & 3 setiap bulan)
Buat masa ini (Januari-Februari 2013),
Slot Free Talk ini ditangguhkan buat sementara waktu.
Tempat:
STUDIO MOTIVASI ASASINSAN
No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4
Bandar Seri Putra, Bangi
(Betul-betul di atas Kedai Cosway di lot perniagaan selepas Tol Putra Mahkota)
Minuman ringan turut disediakan.
Tunggu apa lagi? Tak perlu fikir panjang-panjang, IT'S FREE!
Jom ajak suami, isteri, jiran, rakan pejabat, jemaah surau, adik-beradik dan siapa sahaja yang anda hargai. Hubungi kami hari ini.
Ahlan wa sahlan
Jumpa di sana.... ikhlas daripada kami
Keluarga Kerja
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING