25 Kursus
Berimpak Tinggi Untuk Tingkatkan Motivasi Dan Profesionalisme Kakitangan
Jabatan Anda. Anjur Satu Hari Ini Dan Lihat Impaknya.
PENGENALAN
Sebuah
organisasi yang berjaya digerakkan oleh kumpulan pekerja yang produktif. Samada
di pucak mahupun di peringkat bawah, pekerja yang produktif diperlukan untuk
menggerakkan seluruh operasi organisasi secara berkesan.
Jika
ada pekerja yang memilih untuk menjadi sebaliknya, ia pasti memberi kesan
kepada keberhasilan organisasi. Bayangkan jika separuh pekerja organisasi anda
memilih untuk jadi tidak produktif. Lebih merugikan lagi jika sikap mereka ini
berakar akibat budaya dalam organisasi.
Pekerja
yang produktif adalah seorang individu yang efisyen dalam menjalani rutin
hidupnya. Dia bijak menyusun keutamaan dan mempunyai kualiti hubungan yang baik
dengan Tuhan (hubungan vertikal) dan sesama manusia (hubungan horizontal).
Mempercayai kebolehan diri dan tegar dalam usaha mencapai matlamat diri yang
telah ditetapkan. Individu seperti ini biasanya tidak mudah mengaku kalah
apatah lagi untuk hidup sekadar berserah kepada nasib dan keadaan.
Di
sinilah pentingnya motivasi diri untuk terus merangsang pekerja.
Kejayaan-kejayaan dalam hidup yang dicapai oleh seseorang pekerja memberi kesan
langsung kepada organisasi yang dianggotainya. Bekerja bukan sekadar bertujuan
mencari rezeki untuk menafkahi keluarga tetapi mengoptimumkan potensi diri dan
memberikan yang terbaik sebagai seorang insan yang memikul amanah sebagai
khalifah dan hamba Tuhan.
KONSEP
LATIHAN
Konsep
latihan dalam siri kursus yang kami kendalikan bermatlamat untuk membantu
organisasi membangunkan pekerja yang bercirikan Modal Insan Terpuji yang
memenuhi aspirasi Rahmatan Lil A’lamin (Rahmat untuk Semua).
Mereka seimbang, bermanfaat dan berketokohan (exemplary).
KEUNIKAN
KURSUS YANG KAMI KENDALIKAN
1. Mendedahkan kemahiran
yang praktikal dan mudah diamal.
2. Dikendalikan secara
santai, aktif dan interaktif.
3. Menggunakan pendekatan
pembelajaran ‘whole brain’.
4. Sesuai untuk semua
peringkat kakitangan.
5. Menyediakan analisis penilaian
kursus untuk rekod penganjur/jabatan.
SESUAI DIANJUR UNTUK SIAPA?
Kursus-kursus kami sesuai
dianjurkan utuk semua kategori kakitangan:-
Kategori 1 - Ketua
Jabatan & Pegawai Kanan
Kategori 2 - Pegawai
& Penolong Pegawai
Kategori 3 - Kakitangan
Sokongan & Operasi
HAD JUMLAH PESERTA
30-100 orang bergantung
kepada jenis kursus yang dipilih.
TEMPOH KURSUS
1)
4
Jam (½ Hari) : 9 pagi - 1 Petang
2)
8
Jam (1 Hari) : 9 Pagi - 5 Petang
3)
16
Jam (2 Hari) : 9 pagi - 5 Petang (Hari 1 & 2)
Tempoh kursus-kursus kami
boleh disesuaikan mengikut keperluan.
KEPERLUAN LOGISTIK YANG
PERLU DISEDIAKAN
1. Dewan kursus
2. P.A. system (mikrofon
codeless & kabel audio untuk laptop)
3. LCD projector
4. Alat tulis peserta
(kertas & pen)
YURAN PENGANJURAN
Yuran kami mungkin yang paling murah dalam pasaran. Kami
yakin ia berbaloi dengan kualiti kursus yang kami janjikan. Dengan kadar yang mampu
anjur, ia mudah disesuaikan dalam bajet jabatan anda. Ekonomi gawat bukan lagi
alasan untuk tidak menganjurkan kursus atau latihan untuk kakitangan. Kami sentiasa
sedia berbincang agar kursus jabatan anda dapat berjalan seperti dirancang.
Kami juga menawarkan Kadar
Diskaun Istimewa untuk penganjuran kursus secara bersiri.
Sila hubungi kami untuk
dapatkan sebutharga dan maklumat lanjut.
25 KURSUS BERIMPAK TINGGI,
PRAKTIKAL DAN MENARIK MENANTI KAKITANGAN ANDA.
Sila klik pautan untuk baca lanjut tentang setiap kursus dan muat turun brosur.
A) KURSUS MOTIVASI PENINGKATAN
PRESTASI DAN KEPUASAN KERJA
Siri Kepimpinan Diri Dalam Kerja
Siri Budaya Kerja Cemerlang Dalam Organisasi
Siri Pengurusan Kendiri Dalam Kerja
Siri Motivasi Kerohanian Islam Dalam Kerja
B) KURSUS PENGUKUHAN SOFTSKILL &
PROFESIONALISME
C) BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI
Anjurkan Satu Hari
Ini!
Hubungi Kami Segera Untuk
Menempah Tarikh.