Assalamualaikum wrt. wbh.
Ramadan kali ini, saya ingin mengajak anda untuk meneroka Ramadan
melalui dimensi surah Al-Fatihah. Surah tujuh ayat yang terbanyak dibaca dalam
Ramadan.
Surah ini terkandung di dalamnya kuasa positif yang
memberi kesan luar biasa kepada diri dan kehidupan anda. Dengan syarat, anda
menjiwainya. Ramai orang membaca surah ini hanya dengan lafaz, tanpa jiwa. Lebih
sedih lagi, langsung tidak mengerti maknanya. Maka tidak hairan kalau ramai
yang kurang terkesan dengannya walaupun ia surah yang paling kerap dan banyak
dibaca.
Apa beza lakonan dalam filem-filem Hollywood berbanding filem-filem Malaysia? PENJIWAAN.
Melakukan dengan sepenuh jiwa adalah prasyarat kejayaan dalam
melakukan apa jua perkara. Bersukan, berniaga, berkeluarga, belajar, berlakon
apatah lagi bekerja.
Pekerja yang berkhidmat sepenuh jiwa jauh lebih
bertenaga, produktif dan berprestasi tinggi. Al-Fatihah dan Ramadan ada
resepinya. Inilah kesempatan terbaik kepada pekerja-pekerja muslim untuk mengumpul
momentum produktif yang luar biasa daripada Ramadan selain meraih ganjaran
pahala yang berlipat kali ganda.
SLOT MOTIVASI RAMADAN; TERAPI AL-FATIHAH
Mencetus Motivasi Diri Berteras Surah Pertama
Al-Quran
Dalam program spiritual motivational training
ini, saya mengajak kakitangan anda untuk merefleksi diri dan mencari sumber dorongan
dan motivasi dalaman terbaik berpandukan pedoman dari surah Al-Fatihah. Slot ini
bukan program ‘kuliah agama’ tetapi ia adalah motivational training yang dikendalikan
secara interaktif, ada aktiviti simulasi dan turut menyelitkan elemen relaxation.
Insya Allah selepas mengikuti slot ini,
1) Peserta lebih FAHAM dan mudah untuk MENGHAYATI surah Al-Fatihah.
2) Mereka dapat MENGAITKAN secara langsung setiap ayat dalam surah ini
dengan tingkahlaku, tabiat dan rutin kehidupan mereka termasuklah cara mereka
bekerja.
3) Mereka dapat MENILAI sejauh mana pembawaan diri mereka sejajar dengan
tabiat orang berjaya seperti yang digariskan dalam surah Al-Fatihah.
4) Lebih menarik lagi, surah ini akan menjadi PENGGERA ROHANI (spiritual
buzzer) yang sentiasa ‘berdering’ untuk mengingat dan memotivasikan mereka.
Dalam pada itu, meneroka surah
Al-Fatihah (Ummul Quran - Ibu Al-Quran) dalam bulan Ramadan, secara
tidak langsung kita sebenarnya mengambil semangat turunnya Al-Quran dalam bulan
yang mulia ini,
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya
diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” Al-Baqarah: 185.
Ayuh segera tempah tarikh untuk anjur slot menarik ini di pejabat anda
kerana kami hanya sediakan 20 TARIKH untuk mengendalikan slot ini sepanjang Ramadan
(bermula 6 Mei – 31 Mei 2019). Hubungi kami di talian 013.378.1934 untuk menyemak kekosongan tarikh atau untuk sebarang pertanyaan lanjut. Untuk buat tempahan segera bagi mengelak pejabat anda terlepas tarikh yang dipilih, tempahan juga boleh dibuat secara online.
Untuk tempah tarikh sila klik:
Terima kasih. Wassalam
Che E
Perunding Utama
ASASINSAN
RESOURCES & TRAINING