Berpangkat tidak bermakna seseorang itu mahir memimpin. Bukan satu yang pelik melihat orang yang berpangkat tetapi lemah daya kepimpinan. Kemahiran memimpin memerlukan latihan, pendedahan dan pengalaman.
Sebagai ketua dalam organisasi, kemahiran memimpin adalah
fundamental. Individu-individu dalam organisasi perlu bergerak sebagai satu. Bergerak
secara berasingan dan berseorangan akan melemah dan meranapkan organisasi
selepas satu jangka masa.
Bagaimana pekerja boleh disatukan dalam keadaan mereka mempunyai
pelbagai ragam watak, personaliti dan permasalahan. Rambut sama hitam tapi
perangai bermacam-macam. Di sinilah letaknya fungsi kepimpinan. Kepimpinan
menggerakkan ramai individu ke satu arah yang sama.
Berpangkat sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa seseorang
itu adalah pemimpin. John C. Maxwell dalam bukunya 5 Peringkat Kepimpinan mengkategorikan
Position Leader sebagai kepimpinan peringkat paling bawah dan asas. Orang bawah
mematuhi anda sebab anda ketua (berpangkat) dan bukannya pemimpin.
Dalam perspektif ini, kami menganjurkan Kursus Kepimpinan Organisasi Berpengaruh dengan hasrat membantu meningkatkan kemahiran para pemimpin organisasi mengendali
dan mengurus kakitangan melalui kemahiran kepimpinan berkesan. Selepas mengikuti kursus ini, para peserta dijangka berupaya;
1. Memahami karakter, tingkah laku dan potensi
diri sebagai pemimpin dalam organisasi.
2. Mempengaruhi, mengurus dan memimpin kakitangan dan organisasi dengan
lebih berkesan.
3. Membantu kakitangan mengembangkan potensi diri ke
tahap terbaik dalam kerja.
4. Menangani situasi dan konflik melibatkan kakitangan
dengan lebih berkesan.
Rebutlah peluang ini dan daftar segera. Kursus yang
dikendalikan secara interaktif dan aktif ini akan memberi anda
pengalaman kursus yang menarik, berbeza dan yang paling penting, berkesan.
Maklumat Kursus
Tarikh
29 - 30 Januari 2018 (Isnin & Selasa)
Masa
8.30 Pagi – 4.30 Petang
Tempat
Studio Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi. Klik di sini untuk peta.
Yuran
RM480 Seorang
RM450 Seorang - jika daftar awal sebelum 8 Januari 2018 atau daftar berkumpulan 2 orang dan ke atas.
RM450 Seorang - jika daftar awal sebelum 8 Januari 2018 atau daftar berkumpulan 2 orang dan ke atas.
Tarikh Tutup Penyertaan
27 Januari 2018