Kerja
atas sejadah.
Pelik?
Tidak sebenarnya. Ia satu metafora mudah.
Seorang
muslim berada dalam keadaan dirinya yang paling baik setiap kali berada di atas
sejadah. Sekurang-kurangnya lima kali sehari dia akan berada dalam keadaan
tersebut. Solat, merendahkan diri sebagai ketundukan dan kepatuhan kepada yang
Maha Melihat dan Maha Berkuasa, Allah Azza Wajalla.
Proses
atas sejadah ini dilaksanakan dengan segala syarat, rukun dan tertibnya. Ini
menggambarkan keterikatan yang amat ketat diri seorang muslim dengan S.O.P.
(standard operating procedure). Pelanggaran atau peninggalannya menyebabkan
keseluruhan proses terbatal, tertolak dan sia-sia.
Di atas
sejadah, muslim tidak akan bermuslihat. Biarpun berdiri seorang diri dalam
bilik yang terasing dan bertutup rapat, integritinya utuh. Dia tahu, Tuhan melihat
dan nampak segala-galanya walaupun pandangan manusia terhijab.
Dia
mulakan dengan pengikraran bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Besar, tunjangnya
adalah penyerahan diri sepenuh raga kepada kekuasan Tuhan melalui lafazan bertajwid
Al Fatihah dan dia melabuh tirai solatnya dengan mengucap Salam ke utara dan
selatan menyebar rahmat Tuhan ke sekalian alam. Sempurna!
Persoalan
penting di sini, mana pergi semua kesempurnaan itu setelah seorang muslim
melangkah keluar meninggalkan sejadahnya? Adakah Tuhan hanya diingati dan ditaati
atas sejadah?
Ini
dikupas secara santai, tuntas dan berimpak dalam Seminar Khalifah Dalam
Kerja™, edisi khas Ramadan 1438H/2017. Ia bukan ceramah agama tetapi
sebuah seminar mencetus motivasi diri dalam bekerja.
Mari
segarkan jiwa dan capahkan perspektif kakitangan anda Ramadan ini. Anjurkan seminar
ini di pejabat anda sebagai menghidupkan bulan ibadah ini. Ramadan menjadi
lebih bermakna dan berwarna. Diskusi empat jam ini akan melonjakkan semangat
dan estim diri mereka untuk berusaha menjadi pekerja yang berciri Rahmatan
Lil A’lamin. Insya Allah
Bermula
29 Mei 2017 / 3 Ramadan (Isnin) sehingga 16 Jun 2017 / 21 Ramadan (Jumaat),
tersedia 15 tarikh sepanjang Ramadan untuk organisasi anda menganjurkan
seminar ini. Pilih satu tarikh sebelum terlambat kerana kami hanya
mengendalikan seminar ini satu hari satu seminar.