Bertempat di
Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, Institut Latihan Kecemerlangan Mara
(ILKM) telah memberi kepercayaan kepada pasukan AsasInsan yang seperti biasa
diwakili oleh Che E dengan dibantu oleh Sis. Reen mengendalikan Bengkel Efikasi
Diri untuk 38 orang guru-guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari seluruh
negara.
Jangkaan
asal seramai 46 orang mewakili semua MRSM di seluruh negara akan hadir namun
beberapa orang pada saat akhir terpaksa membatalkan hasrat menyertai bengkel
ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Kita merancang tetapi tuhan
jualah yang menentukan segalanya.
Che E terasa
begitu teruja mengendalikan bengkel ini kerana sebelum ini Che E banyak kali
dijemput oleh beberapa MRSM untuk mengendalikan program motivasi kemahiran
belajar untuk para pelajar dan kali ini berpeluang berprogram dengan guru-guru
mereka pula.
Antara
penekanan yang diberikan oleh Che E sepanjang tempoh bengkel tersebut ialah
berkenaan kemantapan para peserta melaksanakan dua tugasan terpenting sebagai guru
iaitu
1. Inculcate values (menyemai
nilai-nilai hebat), dan
2. Affect behaviors (memberi kesan
kepada tingkahlaku unggul)
Tugas guru
bukan sekadar memindahkan apa yang terkandung di dalam silibus atau buku teks ke
benak anak murid tetapi memenifestasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
membangunkan setiap murid sebagai insan-insan yang seimbang dan unggul setiap
potensi. Itu pastinya amanah BERAT! Justeru bukan semua layak atau mampu bergelar
guru!
Tahniah
diucapkan kepada ILKM khususnya Puan Zarina yang telah berkekang mata memastikan
bengkel ini berjaya dan berjalan dengan lancar. Semoga para peserta menemui
sesuatu yang bermanfaat dalam bengkel ini dan berupaya ‘memindahkannya’ dalam
rutin kehidupan selepas ini agar lebih berupaya dan nilai sebagai pendidik atau
murabbi. Wallahu a’lam.
Terima
kasih.