Utama

04 April 2012

Bengkel iLUVu; Booster Cinta Suami Isteri

KENAPA ANDA PERLU SERTAI BENGKEL INI?
Sentuhan mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap perasaan kasih sayang. Sentuhan berputik daripada perasaan kasih sayang yang berakar di dalam hati. Itulah sebabnya untuk membuktikan perasaan kasih sayang, tidak cukup sekadar melafaz “saya sayang awak”. Ia mesti dikukuhkan melalui sentuhan. Sentuhan yang bagaimana?

Hubungan suami-isteri akan menjadi lebih erat dan kukuh apabila wujudnya sentuhan kasih sayang yang jujur, ikhlas dan spontan. Sekarang cuba anda nilai, wujud atau tidak rutin ini dalam hubungan anda? Jika belum, anda masih belum terlambat untuk memulakannya. Anda dan pasangan anda pasti boleh melakukannya dengan syarat, anda sayang dia!

Ramai yang tersentuh melihat paparan muka depan akhbar Utusan Malaysia pada 28 November 2010 yang menunjukkan betapa kasihnya seorang isteri apabila mengucup dahi suaminya di tepi jalan walaupun dahi si suami hampir berkecai dek kerana dihempap pokok tumbang yang telah meragut nyawanya. Anda tidak perlu menunggu sehingga saat sebegitu untuk memberikan sentuhan kasih sayang ini. Itulah yang kami ingin bantu.

Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabatnya yang mengaku tidak pernah mencium anak-anaknya dengan berkata “man la yarham la yurham”, tidak akan disayangi sesiapa yang tidak menyayangi.

Inilah antara rahsia utama membina hubungan bahagia yang akan disingkap dengan cara yang berbeza dalam bengkel istimewa ini. Sebuah bengkel yang akan menyemarakkan rasa seronok dan syukur memiliki pasangan anda! Tidak ada istilah lambat dalam memulakan perubahan.

INI BENGKEL APA?
Sebuah bengkel motivasi suami-isteri yang bertindak sebagai booster (pembakar) kehangatan rasa kasih sayang dan penghargaan dalam perhubungan perkahwinan. Bengkel ini mendedahkan pelbagai tips membina hubungan bahagia dengan cara paling seronok, berbeza dan praktikal.

APA PERBEZAAN BENGKEL INI?
·       Ia bukan kursus biasa seperti yang anda bayangkan. Kami mahu anda benar-benar rasa ‘bercinta’ dalam bengkel ini.
·       Pendekatan yang mengaktifkan minda bawah sedar dalam menghayati input yang dikongsikan. Minda inilah yang menggerakkan perubahan dalam diri anda.
·       Tiada mengajar (teaching) dalam bengkel ini tetapi sepenuhnya perkongsian (sharing). Itulah yang menjadikan bengkel ini berbeza.

APA YANG KAMI MAHU ANDA RASA SELEPAS BENGKEL INI?
·       Pengalaman berbeza yang menjadikan anda suami dan isteri yang lebih ‘loving’.
·       Keupayaan menepis alasan tidak yakin, malu, segan, ragu-ragu, rasa janggal dan segala rasa yang selama ini menyekat anda daripada menjadi suami atau isteri yang romantik.
·       Kesedaran dan keinsafan betapa pasangan yang anda miliki sekarang adalah satu anugerah Ilahi paling besar dan tidak ternilai.
·       Hubungan dan ikatan yang lebih erat, romantis dan bahagia selamanya (sampai bila-bila).

BAGAIMANA KAMI MEMBANTU MELALUI BENGKEL INI?
1.   Membantu mengukuhkan keserasian anda dengan pasangan.
2.   Membantu mencari kekuatan dan keunikan daripada perbezaan.
3.   Membantu meningkatkan kefahaman anda tentang pasangan.
4.   Membantu anda untuk sentiasa segar dengan rasa kasih, sayang dan rindu kepada pasangan.

APA PERKARA PENTING YANG BAKAL ANDA KETAHUI DALAM BENGKEL INI?
1.   Jenis personaliti diri sendiri sebagai suami isteri.
2.   Tip dan panduan komunikasi berkesan untuk suami isteri berpandukan jenis personaliti.
3.   Tip dan panduan menghadapi ketegangan dalam hubungan suami isteri.
4.   Tip dan panduan mengekalkan elemen romantik dalam hubungan.

MOTTO
iLUVu Sampai Bila-bila

ATURCARA BENGKEL
8.30 pagi      Pendaftaran
9.00 pagi      Diagnosis LOVE - Sukat Suhu Cinta
10.30 pagi    Rehat & Jamuan Ringan
11.00 pagi    Kenali Dia Melalui Personaliti Warna - Hebatkan Komunikasi Suami-Isteri
1.00 ptg       Makan Tengahari & Solat Zuhur Berjemaah
2.30 ptg       U Jump I Jump! - Segarkan Romantika Hubungan
4.00 ptg       Rumusan & Penilaian Program
4.30 ptg       Bersurai

SIAPA PATUT SERTAI
Terbuka kepada pasangan suami isteri. Bengkel ini mesti disertai bersama oleh suami dan isteri.

FASILITATOR
Bengkel ini dikendalikan secara interaktif oleh pasangan motivator berpengalaman M. K. Fuad bin Hj. Che Ab. Razak (Che E) dan Cr. Nurhazreen binti Hj. Mohd Nor (Sis. Reen).

Che E merupakan Perunding Utama dan Sis. Reen adalah Perunding Psikologi di AsasInsan Resources & Training. Mereka berdua telah terlibat secara aktif dalam bidang motivasi pembangunan diri sejak lebih 10 tahun lalu dan berpengalaman mengendalikan sesi bimbingan motivasi untuk lebih 20,000 orang peserta termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, guru, profesional,   belia, ibubapa, mahasiswa universiti dan pelajar sekolah.

Mendirikan rumahtangga semasa di tahun tiga pengajian di universiti sejak lebih 13 tahun yang lalu, pasangan suami isteri dengan empat cahaya mata ini komited membantu masyarakat membangunkan potensi diri melalui pelbagai bentuk program motivasi di seluruh negara. Terkini, mereka melebarkan komitmen dengan memperkenalkan perhidmatan bantuan psikososial kepada masyarakat dengan membuka Pusat Kaunseling & Motivasi Keluarga yang beroperasi di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

YURAN PENYERTAAN (untuk pasangan suami isteri)
RM350    Penyertaan Pertama Kali
RM320    Sahabat Alumni AsasInsan

1.   Tempat hanya disahkan setelah bayaran yuran diterima.
2.   Yuran akan dikembalikan untuk pembatalan selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh bengkel.
3.   Yuran boleh dibayar secara online atau melalui mesin deposit tunai (CDM) atas nama: ASASINSAN RESOURCES & TRAINING - Maybank Islamic Berhad : 5647 99100 357
4.   Sila simpan slip deposit dan hubungi kami untuk pengesahan bayaran

PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Divisyen Motivasi kami di talian 03-89222934.