Seminar Baiti Jannati™


Seminar Ini Tentang Apa?
Mendedahkan tentang kepentingan dan kaedah meningkatkan motivasi kerja melalui kemahiran kekeluargaan (couple & parenting skills) berkesan.


Apa Hubung Kait Dengan Motivasi Kerja?
Setiap hari pekerja datang dari dan kembali ke rumah (keluarga). Seseorang pekerja akan berasa gembira dan bermotivasi tinggi untuk bekerja apabila dia tahu ahli keluarganya sihat, ceria dan bahagia hasil titik peluk dia bekerja setiap hari.


Isu Apa Yang Ingin Ditangani?
Individu - Rendah motivasi diri dan kesungguhan dalam bekerja akibat hal ehwal rumah tangga yang kurang teratur dan berkecamuk (mix up).

Kumpulan - Salah sangka dan tidak puas hati apabila kerja terjejas akibat ada pekerja yang bermasalah kerana gagal memisahkan masalah peribadi dengan urusan kerja.

Ilustrasi: Encik Jebat tidak seronok pergi ke pejabat dan hilang motivasi kerana hubungannya dengan isteri rapuh, bagai retak menanti belah. Anak-anak juga bermasalah dan tidak mesra dengannya. Gajinya setiap bulan habis untuk keluarga tetapi keluarganya tidak bahagia. Perasaannya selalu terganggu apabila melihat rakannya, Encik Lekir yang begitu akrab dengan ahli keluarga.


Apa Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan?
Selepas seminar ini peserta akan lebih…

Kesedaran – Sedar (aware) tentang kepentingan dan kaitan motivasi kerja dengan kemahiran kekeluargaan (couple & parenting skills).

Pengetahuan – Faham cara terbaik untuk mengendalikan hubungan dan isu kekeluargaan bagi mengimbangi komitmen dan merangsang motivasi diri dalam bekerja.

Pengamalan – Berkemahuan, yakin dan berani memulakan perubahan diri ke arah yang lebih positif walaupun masih berada dalam lingkungan kerja dan keluarga yang sama.


Kerangka Kandungan Diskusi
Seminar ini akan dikupas berteraskan 3 dimensi perspektif utama:

Apa Pentingnya Kebahagiaan Rumah Tangga Dalam Mengekalkan Prestasi Dan Keseronokan Bekerja?

Kenapa Sukar Mengimbangi Beban Di Rumah Dan Tempat Kerja?

Bagaimana Cara Berkesan Untuk Berinteraksi Dengan Pasangan dan Anak-Anak?

Kandungan diskusi adalah dinamik dan boleh dilaras bersesuaian dengan keperluan peserta.


INGIN ANJURKAN SEMINAR INI? Sila Klik Di Sini.