Seminar Booster Efikasi Diri™


Seminar Ini Tentang Apa?
Mendedahkan tentang kepentingan dan kaedah meningkatkan motivasi kerja melalui pengukuhan sikap (attitude) dan tabiat (habit).


Apa Hubung Kait Dengan Motivasi Kerja?
Seseorang pekerja tidak mungkin mencapai tahap motivasi diri yang tinggi jika dirinya digerakkan oleh sikap diri yang negatif. Lebih malang lagi, ia akan menjadi permulaan kepada terbentuk dan terkukuhnya tabiat serta kelakuan diri (behaviour) yang negatif. Memberi motivasi tanpa memperbetul sikap tidak mugkin akan merubah tabiat seseorang.


Isu Apa Yang Ingin Ditangani?
Individu - Rendah motivasi dan kesungguhan dalam bekerja akibat memiliki sikap dan tabiat kerja yang negatif serta tidak produktif.

Kumpulan - Sikap dan tabiat negatif boleh memvirus. Ia mudah berjangkit dan akhirnya akan membentuk kelompok pekerja yang berkongsi tabiat negatif yang serupa.

Ilustrasi: Sikap ambil mudah terhadap masa menyebabkan Encik Arjuna sering hadir lewat ke pejabat dan mesyuarat. Sukar menepati masa telah menjadi tabiat Encik Arjuna. Sayangnya tabiat ini adalah negatif dan tidak produktif. Hadir lewat bukan ciri-ciri pekerja yang bermotivasi tinggi.


Apa Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan?
Selepas seminar ini peserta akan lebih…

Kesedaran – Sedar (aware) tentang kepentingan dan kaitan motivasi kerja dengan sikap dan tabiat yang positif.

Pengetahuan – Faham cara terbaik untuk memperbetul dan memulai sikap serta tabiat positif yang boleh merangsang motivasi diri dalam bekerja.

Pengamalan – Berkemahuan, yakin dan berani memulakan perubahan diri ke arah yang lebih positif walaupun masih berada dalam lingkungan kerja (work climate) yang sama.


Kerangka Kandungan Diskusi
Seminar ini akan dikupas berteraskan 3 dimensi perspektif utama:

Apa Pentingnya Sikap Dan Tabiat Dalam Mengekalkan Prestasi Dan Keseronokan Bekerja?

Kenapa Sikap Dan Tabiat Boleh Menjadi Negatif?

Bagaimana Cara Mudah Untuk Memperbetul Sikap Dan Tabiat Diri Dalam Bekerja?

Kandungan diskusi adalah dinamik dan boleh dilaras bersesuaian dengan keperluan peserta.


INGIN ANJURKAN SEMINAR INI? Sila Klik Di Sini.