25 April 2017

Petugas Kaunter First Class!


Ramai orang tidak tahu cabaran sebenar menjadi pegawai kaunter perkhidmatan. Mereka berdepan dengan 1001 macam gelagat dan perangai pelanggan setiap hari. Setiap pelanggan mahukan layanan dan perkhidmatan yang terbaik. Tetapi sering terjadi pelanggan mengeluh, merintih dan berasa tidak puas hati setiap kali berurusan di kaunter perkhidmatan.

Siapa sebenarnya yang bermasalah, petugas kaunter atau pelanggan? Bagi petugas kaunter mereka sering menuding jari ke arah pelanggan. Bagi pelanggan pula petugas kaunterlah yang bermasalah.

Bagi menangani situasi ini dengan lebih baik, matang, cekap dan profesional, petugas kaunter perlu dilatih dengan kemahiran yang betul. Petugas kaunter yang profesional berupaya berhadapan dengan apa jua situasi dengan tenang, cekap dan memuaskan hati semua pihak; pelanggan, rakan setugas dan ketua.

Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk melatih petugas-petugas kaunter jabatan atau syarikat anda dalam BENGKEL PERKHIDMATAN KAUNTER PROFESIONAL yang bakal mendedahkan skil yang menarik, berguna dan mudah digunakan dalam berdepan pelbagai karenah pelanggan di KAUNTER PERKHIDMATAN jabatan atau syarikat anda.

Maklumat Bengkel

Tarikh
23 – 24 Mei 2017 (Selasa & Rabu)

Masa
9.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat
Studio Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi. Klik di sini untuk peta.

Yuran
RM480 Seorang
Termasuk nota, alat tulis, makanan, sijil penyertaan & sebuah buku motivasi NLKL

Tarikh Tutup Penyertaan

18 Mei 2017 Dilanjutkan sehingga 22 Mei 2017 (Isnin)