09 March 2014

Bengkel Aplikasi Psikologi & Kaunseling Dalam Pengurusan Sumber Manusia 2015






SINOPSIS KANDUNGAN LATIHAN
1. Kepentingan Perkhidmatan Kaunseling Dalam Organisasi
·      Pengurusan kesihatan emosi dan mental kakitangan.
·      Pengendalian holistik kakitangan bermasalah.
·      Sumber rujukan dan bimbingan personal.

2. Pendekatan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia
·      Pengurusan pembangunan modal insan setara dengan Key Performance Index (KPI) organisasi.
·      Pendekatan aplikasi psikologi dalam penilaian dan pembangunan personel.
·      Pelaksanaan aplikasi psikologi dalam penyelidikan dan intervensi.

3. Manfaat Memahami Personaliti Dalam Mengendali Isu-Isu Kakitangan
·      Mengenali dan memahami personaliti kakitangan dari aspek minat, sifat, emosi, gaya berfikir dan tingkahlaku.
·      Memahami perbezaan antara kakitangan dan memudahcara interaksi sosial di tempat kerja.
·      Mengenal pasti potensi kakitangan dengan berkesan.

4. Aplikasi Personality Profiling Dalam Pengurusan Sumber Manusia
·      Aplikasi inventori psikologi dalam memprofil personaliti kakitangan.
·      Kesan dan faedah penggunaan personality profiling dalam proses pengambilan, pemilihan dan penempatan kakitangan.
·      Keberkesanan pelaksanaan inventori psikologi dalam pengurusan prestasi kakitangan.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan pengurusan dan pegawai kanan bahagian sumber manusia

FAEDAH MENYERTAI BENGKEL INI
1.     Memahami dengan jelas aspek psikologi kemanusian dalam pengurusan sumber manusia.
2.    Memahami kepentingan aplikasi dan kesan pendekatan psikologi dan kaunseling dalam pengurusan sumber manusia.
3.    Memahami pendekatan-pendekatan psikologi dan kaunseling yang praktikal dan sesuai untuk diaplikasikan dalam memantapkan pengurusan sumber manusia dalam organisasi.
4.   Memiliki kemahiran asas untuk mengamalkan pendekatan atau teknik psikologi dan kaunseling dalam pengurusan sumber manusia.

TEMPOH BENGKEL
2 hari (9 pagi - 5 petang)

PENYERTAAN
·      Isi dan hantar borang penyertaan.
·      Untuk dapatkan borang penyertaan, sila emelkan nama, jawatan dan nama organisasi ke tanya@asasinsan.com.
·      Terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

YURAN PENYERTAAN
RM1,650 seorang
RM1,550 seorang – daftar awal (early bird) atau berkumpulan 2 dan ke atas.
·      Yuran termasuk kit latihan, makanan dan sijil penyertaan. Penginapan tidak disediakan.
·      Diskaun Istimewa Alumni – diberikan kepada bekas peserta yang pernah menyertai mana-mana Program Psikologi Kaunseling anjuran kami sebelum ini.

TARIKH, TEMPAT & SYARAT PENYERTAAN
Sila hubungi kami untuk dapatkan info terkini.

ULASAN PESERTA
Mempelajari dan memahami perspektif yang berbeza dalam mengaplikasi psikologi dan kaunseling. Satu pembaharuan.
En. Awang Zulkifli Ahmad, Pengurus Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd.

Effective workshop for those who are still searching for their true color.
Pn. Wan Norshatirah Wan Draman, HR Executive KL Airport Services Sdn. Bhd.

Kursus ini amat bersesuaian untuk pembentukan budaya yang baik di dalam organisasi. Pengubahsuaian ‘content’ kursus yang memenuhi. Keperluan ‘pembentukan budaya’ bakal membawa kursus seperti ini kepada satu tahap yang lain.
En. Hazreno Haron, Eksekutif SAJ Holdings Sdn. Bhd.

Bengkel ini memberi pencerahan berkaitan kaunseling dan penambahbaikan berkenaan hubungan sesama tenaga kerja dan pengurusan.
Pn. Ruzita Khaironi Mohd Hashim, Pengurus Kanan Pengurusan Korporat JKP Sdn. Bhd.

Bengkel ini amat menarik dan dapat meningkatkan keberkesanan tugas saya dalam HR.
Pn. Juliana Abdul Wahab, Eksekutif JKP Sdn. Bhd.

Bengkel yang menarik. Banyak perkara yang dipelajari.
En. Raymond De Gracious, Head Employee Engagement & Employer Branding Sime Darby Plantation Sdn. Bhd.

Sangat menarik. Ilmu mengenal pasti personaliti baru bagi saya dan dapat membantu mengenali pekerja dengan lebih tepat.
Pn. Fauziah Maarop, Penolong Jurutera Kanan PKNS

Amat baik dan sumbang pengalaman yang amat berkesan.
Pn. Jamlah Yunus, Pegawai Tadbir SEDCO

Sangat bagus dan akan dapat membantu saya dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi yang berkaitan.
En. Mohtar Alek, Penolong Setiausaha Lembaga Air Kuching