31 December 2012

Terima kasih & jumpa lagi...di I'BAD CAMP 2013


Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH kepada pengurusan masjid-masjid HEBAT yang telah berjaya menganjurkan I'BAD CAMP 2012 bersama AsasInsan. Semoga kalian teruskan usaha untuk menjadikan masjid DEKAT DI HATI anak-anak kita. Untuk adik-adik IBAD, sehingga berjumpa lagi. Antara masjid yang telah memberi kepercayaan kepada kami ialah:

1) Masjid Negara, Kuala Lumpur (Siri 1 & 2).
2) Masjid Al-Faizin, Taman Desa Jaya, Kepong (Siri 3).
3) Masjid Kiyai Haji Abdullah Umar, Kg. Batu 4, Kapar, Klang (Siri 4).
4) Masjid Bandar Utama Batang Kali, Batang Kali (Siri 5).

24 December 2012

TERIMA KASIH Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat


TERIMA KASIH Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

SYUKUR Alhamdulillah dan TERIMA KASIH diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Unit Pembangunan Tenaga Manusia & Unit Pengurusan Psikologi kerana telah memberi kepercayaan kepada AsasInsan Resources & Training untuk mengendalikan Bengkel Terapi Salam dengan jayanya pada:


Semoga hubungan yang terjalin di kalangan peserta, KPWKM dan AsasInsan Resources & Training akan terus berkekalan agar program yang dianjurkan akan terus mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Semoga dapat bertemu lagi.


Klik sini untuk melihat aksi HEBAT peserta kita. Terima kasih.

BKA: “Anak-anakku, mak ayah ingin kenali kamu …”


ADAKAH aku mengenali anakku sepenuhnya sebelum ini? Jika YA, benarkah aku mengenali POTENSI & PERSONALITI anakku sebetul-betulnya? Jika TIDAK, inilah masanya untuk aku mengenali potensi & personaliti mereka.

TERIMA KASIH untuk ibu bapa yang sudah mempunyai jawapan untuk persoalan di atas. Semoga jawapan kalian akan memberikan impak yang positif dalam kehidupan mendidik anak-anak. Kepada ibu bapa yang INGIN BERKONGSI dan MENGAMBIL TAHU akan POTENSI & PERSONALITI mereka YANG SELAMA INI KITA TIDAK TAHU, INILAH MASANYA!!! Kasihan anak-anak yang sering disalah tanggap oleh kedua ibu bapa mereka, sedangkan itulah potensi besar yang positif dalam diri mereka yang ibu bapa tidak tahu.

JANGAN MALU DAN SEGAN untuk menyertai kami dalam BENGKEL KENALI ANAK: Mak Ayah Sayang Kamu…. Untuk mengetahui Panduan Komunikasi & Bimbingan Kemahiran Belajar.

TARIKH TUTUP: 27 DISEMBER 2012
LOKASI: MASJID PUTRA, PUTRAJAYA.
HUBUNGI: 03 8922 2934

20 December 2012

TAHNIAH KEPADA ADIK2 YANG TELAH BERJAYA MENGHARUNGI PMR 2012


Keputusan itu melambangkan tahap "KESUNGGUHAN" kita untuk menempuh alam Tingkatan 4

-"TERUSKAN USAHA, POSITIFKAN MINDA"


iMAge: Hadiah TERBAIK daripada CIKGU CEMERLANG kepada PELAJAR TERSAYANG

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI:

Assalamualaikum w.b.t buat cikgu-cikgu yang disayangi.

Kami mengucapkan TAHNIAH kepada anak-anak didik kalian yang telah mendapat keputusan SANGAT CEMERLANG dalam PMR 2012 yang telah diumumkan. Kepada mereka yang JUGA BERJAYA, kita teruskan DOA kita semoga kecemerlangan sentiasa bersama mereka walau di mana jua. TAHNIAH dan SYABAS juga buat CIKGU-CIKGU yang telah bertungkus lumus atas keikhlasan, semangat dan ketekunan kalian untuk mendidik anak-anak bangsa ini berjaya.

Teruskan SUMBANGAN kalian kepada anak-anak didik kesayangan.

Program Cuti Sekolah I'bad Camp! 2012 : Masjid Bandar Utama, Batang Kali


19 December 2012

SAYA NAK ANJUR BENGKEL TERAPI SALAM 2013.





“Sunnah Dibudayakan, Kualiti Ditingkatkan”. Peningkatan nilai Keinsanan, Mood Positif, dan Motivasi kerja yang TERBAIK merupakan satu HADIAH ISTIMEWA untuk organisasi yang berjaya. Justeru, marilah sama-sama Meng’KELUARGA’kan Organisasi dengan menganjurkan BENGKEL TERAPI SALAM di pejabat kita.

Bersempena dengan kedatangan bulan kelahiran Baginda SAW ini, Rabiul Awal yang mulia, JOM!!! Kita hidupkan dan budayakan “Sunnah Rasulullah SAW yang BERKUALITI” ini di tempat kerja kita. Jemput kami AsasInsan Resources & Training ke tempat ANDA! Terima kasih…

15 December 2012

Jawatan Kosong

AsasInsan Resources & Training sebuah firma perunding latihan motivasi dan kaunseling yang beroperasi sejak 2004 dan berpejabat di Pusat Komersil Bandar Seri Putra Bangi mempelawa graduan dan individu yang layak untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

Perunding Dan Jurulatih Motivasi Profesional (1 kekosongan)
Pengurus Program (1 kekosongan)
Kerani (1 kekosongan)
Pembantu Teknikal (1 kekosongan)

Untuk baca lanjut sila klik di sini.

Terima kasih.