30 June 2012

Ramadhan Bulan Muhasabah & Motivasi Diri


Untuk membaca analisis penilaian program daripada 828 orang peserta program ini, sila klik di sini.

Assalamu 'alaikum wrt. wbh.

Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bulan yang dirindui oleh sekalian umat Islam iaitu bulan Ramadhan bakal kembali lagi. Jaminan rahmat, keampunan dan pahala berganda dalam bulan istimewa ini menjadikan ia amat dinanti-nantikan.

Bulan Ramadhan adalah bukti kehebatan umat Islam. Ia bulan paling produktif. Semangat umat Islam dalam bulan ini amat luar biasa.

Mengekang diri dari makan dan minum sepanjang hari, menambah solat fardhu dengan solat-solat sunat di malam hari, menyelangi waktu dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan menahan diri dari dambaan nafsu badaniah yang rutin sama sekali tidak mengurang produktiviti mereka bahkan menambahnya.

Mengambil bulan ibadah ini sebagai inspirasi, AsasInsan kembali lagi dengan program signaturnya Terapi SALAM™ Inspirasi Ramadhan 1433 dengan input yang lebih menguja dan menginspirasikan. 

Bertemakan Ayuh Muhasabah Diri, slot motivasi istimewa ini akan mengajak peserta menilai dan meneroka prestasi diri sebagai hamba Tuhan, pekerja, ahli keluarga dan masyarakat dengan mengupas 4 Teras Pekerja Muslim Hebat iaitu;
Teras Semangat Berpasukan – Eratkan Persaudaraan
Teras Integriti – Tingkatkan Rasa Bertuhan
Teras Kecerdasan Emosi – Rasai Nikmat Bersyukur
Teras Pengurusan Stress – Tenangkan Keresahan hati

Kami berdoa semoga slot motivasi diri ini akan menjadi alternatif dan pencetus berimpak dalam membudayakan semangat Ramadhan dalam diri pekerja dan organisasi. 

Menghidupkan Ramadhan bukanlah bermakna memeriahkan sambutannya tetapi memeriahkan rasa bertuhan dalam diri setiap insan bergelar muslim yang dijelmakan dalam fikiran, hati dan perilaku. Hanya dengan kemeriahan rohani ini semangat Ramadhan akan kekal dalam diri kita sepanjang hayat. Insya Allah

Slot istimewa ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh motivator utama kami M. K. Fuad Hj. Ab. Razak (Che E). Organisasi yang berminat boleh menganjurkan slot ini sepanjang tempoh Ramadhan bermula 24 Julai 2012 sehingga 17 Ogos 2012. Ia dikendalikan selama 3 jam dan sesuai untuk dihadiri oleh semua peringkat kakitangan.

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan tarikh silalah berhubungn dengan Divisyen Motivasi kami di talian 03-8922 2934. Berikut ialah jadual Terapi Salam Edisi Ramadhan 1433 untuk pilihan organisasi yang berminat menganjurkannya. Tarikh dengan tanda (/) berwarna biru masih terbuka untuk tempahan. Sila klik jadual untuk paparan lebih besar.
Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih makna dalam kehidupan kita sebagai hambaNya yang mendambakan kesejahteraan hidup di dunia dan di alam yang kekal abadi. Insya Allah.

Ramadhan Al Mubarak. Terima kasih.

27 June 2012

Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Pengurusan Sumber Manusia



Alhamdulillah hari ini AsasInsan sedang berkampung di Hotel Residence Uniten Bangi menjayakan Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Mengendalikan Isu Kakitangan Dalam Pengurusan Sumber Manusia.


Terima kasih kepada para peserta yang hadir mewakili Gemilang Maintenance Service Sdn Bhd, Bank Rakyat, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Semoga perkongsian hari ini dan esok memberi mafaat berpanjangan kepada diri kita sendiri, rakan-rakan pejabat, ahli keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Insyaallah. Klik di sini untuk gambar-gambar program.

Terima kasih.

M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak (Che E)
Perunding Utama

18 June 2012

Kem Motivasi Kemahiran Belajar iMAge@MITI 2012



Tahniah diucapkan kepada para peserta Kem Motivasi Kemahiran Belajar iMAge@MITI 2012 kerana berjaya menamatkan program dengan penuh bersemangat.

Pada 26-28 Mei 2012 yang lalu, AsasInsan Resources & Training telah diberi kepercayaan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri untuk mengendalikan kem ini untuk anak-anak angkat MITI yang bernaung di bawah sebuah badan bukan kerajaan iaitu MyKasih. Seramai 22 orang peserta telah terlibat dalam kem ini yang diadakan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor.

Dalam kem tersebut, para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan membantu mengukuhkan pelbagai aspek diri mereka seperti kecerdasan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Fokus utama kem ini adalah meningkatkan kesedaran, minat dan skil para peserta dalam belajar memandangkan mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah.
AsasInsan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan kem ini. Harapan kami ialah agar para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu, panduan dan tip yang telah dipelajari sepanjang kem untuk meningkatkan prestasi pelajar mereka.

Klik di sini untuk lihat gambar-gambar program.

Terima kasih.

04 June 2012

Bengkel Efikasi Diri Guru-Guru MRSM 2012




Bertempat di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM) telah memberi kepercayaan kepada pasukan AsasInsan yang seperti biasa diwakili oleh Che E dengan dibantu oleh Sis. Reen mengendalikan Bengkel Efikasi Diri untuk 38 orang guru-guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari seluruh negara.

Jangkaan asal seramai 46 orang mewakili semua MRSM di seluruh negara akan hadir namun beberapa orang pada saat akhir terpaksa membatalkan hasrat menyertai bengkel ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Kita merancang tetapi tuhan jualah yang menentukan segalanya.

Che E terasa begitu teruja mengendalikan bengkel ini kerana sebelum ini Che E banyak kali dijemput oleh beberapa MRSM untuk mengendalikan program motivasi kemahiran belajar untuk para pelajar dan kali ini berpeluang berprogram dengan guru-guru mereka pula.

Antara penekanan yang diberikan oleh Che E sepanjang tempoh bengkel tersebut ialah berkenaan kemantapan para peserta melaksanakan dua tugasan terpenting sebagai guru iaitu
1.     Inculcate values (menyemai nilai-nilai hebat), dan
2.     Affect behaviors (memberi kesan kepada tingkahlaku unggul)

Tugas guru bukan sekadar memindahkan apa yang terkandung di dalam silibus atau buku teks ke benak anak murid tetapi memenifestasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membangunkan setiap murid sebagai insan-insan yang seimbang dan unggul setiap potensi. Itu pastinya amanah BERAT! Justeru bukan semua layak atau mampu bergelar guru!

Tahniah diucapkan kepada ILKM khususnya Puan Zarina yang telah berkekang mata memastikan bengkel ini berjaya dan berjalan dengan lancar. Semoga para peserta menemui sesuatu yang bermanfaat dalam bengkel ini dan berupaya ‘memindahkannya’ dalam rutin kehidupan selepas ini agar lebih berupaya dan nilai sebagai pendidik atau murabbi. Wallahu a’lam.

Terima kasih.