29 March 2012

Jawatan Kosong - PEREKA GRAFIK & MULTIMEDIA

AsasInsan Resources & Training sebuah firma perunding latihan, motivasi dan kaunseling yang berpejabat di Bandar Seri Putra Bangi mempelawa individu yang layak untuk mengisi jawatan kosong di atas:-

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Kelayakan minima:
1. Memiliki sijil atau diploma dalam bidang berkaitan.
2. Bagi individu yang tidak memiliki kelulusan dalam bidang berkaitan tetapi memiliki semua kemahiran yang diperlukan amat digalakkan memohon.
3. Hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
4. Mahir menggunakan semua perisian reka grafik dan multimedia seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Premier dan lain-lain perisian pengeditan imej dan video.

Kemahiran diperlukan (WAJIB):
1.   MAHIR dan KREATIF merekabentuk bahan bercetak seperti brosur, flyers, banner, bunting, majalah, buku dan sebagainya.
2.   MAHIR dan KREATIF mengedit video untuk menghasilkan bahan multimedia bagi tujuan montaj, iklan, movie pendek dan sebagainya.
3.   MAHIR dan KREATIF merekabentuk bahan-bahan untuk paparan dalam laman web, blog dan emel.
4.   MAHIR dan KREATIF mengambil gambar menggunakan kamera DSLR (photography) dan merakam video (video shooting).

Skop tugas:
1. Menghasilkan rekaan grafik yang kreatif, profesional dan menarik dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Merekabentuk grafik untuk bahan pemasaran, iklan dan program.
3. Mengedit dan menghasilkan video untuk pemasaran, iklan dan program.
4. Bertindak sebagai photographer dalam acara dan program yang dianjurkan.
5. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Pengurus Operasi dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat lain:
1. Jaga solat 5 waktu.
2. Berdikari (RAJIN, INISIATIF TINGGI & PROAKTIF).
3. Cepat faham dan suka belajar perkara baru (FAST LEANER).
4. Tahan cabaran.
5. Boleh kerja lebih masa, hujung minggu & luar kawasan (outstation).
6. Memiliki lesen memandu & kenderaan sendiri.
7. Tidak merokok.

Faedah yang disediakan:
1. Gaji pokok RM1,500 sebulan
2. Caruman KWSP
3. Caruman Perkeso
4. Latihan dan kursus
5. Elaun perubatan diri dan keluarga
6. Elaun perjalanan
7. Insentif perkahwinan
8. Insentif kelahiran anak
9. Cuti (rehat, sakit, bersalin)

Berminat?
Segera hantarkan resume anda ke beourteamairt@gmail.com. Sila nyatakan di dalam resume anda perkara-perkara berikut:-

1. KEMAHIRAN berkaitan
2. Tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan
3. Gaji akhir diterima
4. Gaji diminta (yang PALING RENDAH anda boleh terima)
5. Sila lampirkan PROFIL HASIL KERJA anda (bahan bercetak dan video).

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Disediakan oleh:
Unit Sumber Manusia
Divisyen Pentadbiran & Kewangan
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING (1495566-V)
No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra
43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 03 8922 2934
Faks: 03 8922 3934

27 March 2012

Cuti Sekolah Masa Terbaik Dekatkan Anak Dengan Masjid

Tahniah kepada AJK dan Pengurusan Masjid Al Istiqomah, Kg. Sungai Buaya, Banting di atas kejayaan menganjurkan Kem I'bad (Kem Kembara Ibadah & Jatidiri Remaja) pada 14-16 Mac yang lepas.

Masa yang sangat singkat diambil oleh AJK Masjid untuk mempromosi kem ini namun jika Allah SWT mengizinkan, ia tetap dapat dilaksanakan. Itulah yang terjadi. Alhamdulillah kita rafa' ke hadrat Ilahi. Dan berbanyak terima kasih kami ucapkan kepada AJK Masjid di atas komitmen yang dipamerkan dari mula sehinggalah program ini tamat.

Respon positif yang diberikan oleh peserta sepanjang kem ini mengubat rasa penat dan letih. Mengendalikan anak-anak remaja, bukan seorang dua tetapi 66 orang, bukanlah tugas mudah. Pelbagai ragam, watak dan gelagat. Namun, orang kata alah bisa tegal biasa. Bagi kru AsasInsan yg turut sama berkampung di Masjid sepanjang tempoh kem, ia satu lagi platform utk melatih diri untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan menganjurkan program selain peluang menambah ilmu tentang proses perkembangan manusia.

Ternyata para peserta begitu responsif sepanjang kem. Zikir dan tasbih tak lekang dari tubuh. Teruja solat berjemaah. Bersungguh-sungguh menghafaz doa yang di'assignment'kan. Sangat menghayati peluang mendekati Tuhan dengan solat sunat seorang diri di bawah sinar bulan. Ikhlas memberi khidmat masyarakat dengan membersih masjid dan halaman rumah orang kampung. Seronok beraktiviti sambil berukhuwah dalam lingkungan batas syariat. Indah! Subhanallah.

Sekali lagi, terima kasih kepada para ibubapa yang memberi peluang kepada anak-anak untuk menyertai kem ini. Yang penting ia tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada masjid. Kalau bukan kita dan anak-anak yang menyokong aktiviti masjid, siapa lagi? Terima kasih.

Semoga kem ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat; para peserta, ibubapa, AJK Masjid, kami sebagai pengendali, ummah dan agama. InsyaAllah. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Terima kasih.

Klik di sini untuk rakaman foto-foto menarik sepanjang kem.

UNTUK MENGANJURKAN KEM INI DI MASJID, SURAU, AGENSI ATAU TAMAN PERUMAHAN ANDA, BACA LANJUT, KLIK DI SINI.

25 March 2012

Pelaburan Untuk Sebuah Keluarga Bahagia

Persediaan Temuduga Terbaik: Kenal Diri Sendiri! SureHIRED @ UMP Pekan

Dalam temuduga, penemuduga tidak berminat tentang 'betul atau salah' jawapan yang anda berikan tetapi mereka sebenarnya berminat tentang cara anda memberi reaksi dan respon kepada soalan yang diajukan.

Temuduga sebenarnya adalah tentang kemahiran anda menggunakan Bahasa Tanpa Suara. Sayangnya, majoriti graduan tidak menyedari perkara ini.

Temuduga adalah satu 'event' penting dalam kehidupan yang perlu kepada ilmu dan persediaan untuk menghadapinya. Jika tidak ia akan menjadi sesuatu yang amat memenatkan dan mengecewakan.

Inilah di antara perkara yang telah dikongsikan oleh Perunding Utama AsasInsan, En. M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak (Che E) dalam Seminar SureHIRED! yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Pekan pada 24 Mac 2012. Ternyata program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila hampir 300 orang mahasiswa menyertainya.

Apa yang pasti jika para peserta menyertai seminar tersebut dengan hati yang terbuka mereka pasti mengetahui banyak rahsia yang jarang-jarang diketahui oleh graduan yang 'biasa-biasa'. Inilah masanya untuk menjadi The Best Fighter' sebab semua rahsia telah anda ketahui. Tahniah! Anda Berjaya.

Klik di sini untuk lebh banyak foto.

Berminat untuk menganjurkan Seminar SureHIRED! untuk mahasiswa kampus anda? Sila klik di sini.

Ilmu kaunseling meningkatkan produktiviti

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Mengendalikan Isu Rumahtangga dan Kekeluargaan yanng telah diadakan di UKM Puri Pujangga pada 21 dan 22 Mac yang lalu.

Bengkel yang dianjurkan oleh AsasInsan sebagai langkah mula ke arah memperkenalkan kepada masyarakat tentang faedah dan kesan perkhidmatan kaunseling yang amat bermanfaat dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat khususnya dari segi psikologi.

Ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Klinik Kaunseling & Motivasi Keluarga AsasInsan yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak lain seperti Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS) dan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA).

Adalah menjadi harapan kami agar input yang diperolehi dalam bengkel ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan para peserta dalam melaksanakan tugas selepas ini khususnya dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan dan rumahtangga.

Sekalung penghargaan kepada PKMAINS, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dan Tetuan Hafez & Partners di atas penyertaan dalam bengkel ini.

Klik di sini untuk foto-foto program.

19 March 2012

08 March 2012

Tahniah & Terima Kasih


Kami keluarga kerja AsasInsan ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta Bengkel Tingkatkan Estim Diri (BED) Siri 6 pada 7 Mac 2012 yang lepas bertempat di Institut KWSP, Bangi. Kami berasa amat berbesar hati di atas penyertaan tuan-puan semua.

Satu sahaja harapan kami semoga perkongsian dalam bengkel tersebut dapat memberi sedikit input berguna kepada kita semua. Pasti tuan-puan ingat lagi Langkah 3. Ia mesti dimulakan segera walau sekecil manapun anjakan yang ingin kita buat. Tindakan akan menghapuskan keraguan dan meningkatkan keyakinan. Sebaliknya menunggu (sehingga suatu masa sesuai yang tak pasti bila) hanya akan menjadikan kita bertambah takut dan ragu-ragu. Akhirnya kita kekal di takuk lama. Jom mulakan!

Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya telah dipermudahkan sepanjang tempoh bengkel tersebut. Ia berkat kegigihan dan keikhlasan semua. Sekali lagi jutaan terima kasih kepada TH Plantation Sdn Bhd, Desaru Highway Expressway, Maktab Koperasi Malaysia dan Majlis Daerah Pekan.

Semoga kita akan berjumpa lagi dalam program-program akan datang. Sila klik di sini untuk rakaman foto sepanjang bengkel.

Terima kasih
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING