27 February 2012

Tahniah & Terima Kasih Daripada Kami

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas Rasul junjungan.

Alhamdulillah kami mengucap syukur ke hadrat Ilahi di atas kelancaran penganjuran siri pertama edisi 2012 Seminar Motivasi Kemahiran Belajar iMAge dan Bengkel Kenali Anak untuk Ibubapa yang diadakan pada 25 & 26 Februari yang lepas.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga semua memperoleh limpahan rahmat dan pahala daripada Allah SWT atas komitmen yang diberikan.

Sementara itu, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kami ucapkan kepada para peserta remaja dan ibubapa yang menyertai seminar dan bengkel tersebut. Penyertaan adik-adik dan tuan-puan sekalian cukup bermakna untuk kami di AsasInsan. Harapan kami semoga perkongsian pada hujung minggu lepas mampu membantu diri kita semua untuk melakukan sedikit anjakan positif dalam diri dan kehidupan selepas ini samada sebagai anak mahupun ibubapa. Tahniah.

Kepada adik-adik dan ibubapa yang terlepas peluang menyertai seminar dan bengkel tersebut, kami sukacita memaklumkan bahawa siri kedua seminar dan bengkel ini akan diadakan pada 28 & 29 April 2012. Pendaftaran awal amat kami alu-alukan memandangkan kami menawarkan tempat yang terhad untuk program ini. Tuan-puan boleh menghubungi kami di talian 03-89222934 atau terus sahaja mendaftar secara online. Klik di sini untuk baca lanjut tentang seminar dan bengkel ini dan klik sini untuk borang online.

Sokongan yang diberikan oleh tuan-puan kepada kami di AsasInsan dengan menyertai program ini amat kami hargai. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap program yang kami anjurkan. Pepatah Arab menyebut “Man Jadda Wa Jada” Only the best deserves the best.InsyaAllah.

Untuk gambar-gambar program, sila klik link di bawah. :
1) Seminar Kemahiran Belajar iMAge Siri 1 (25/2/2012)
2) Bengkel Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius) & Bengkel Kenali Anak Dan Panduan Bimbingan Kemahiran Belajar iMAge Siri 1 - 26/2/2012 

Terima kasih.

ASASINSAN RESOURCES & TRAINING, Bangi Selangor
27 Februari 2012/5 Rabiul Akhir 1433

20 February 2012

Jawatan Kosong - TRAINER MOTIVASI



AsasInsan Resources & Training sebuah firma perunding latihan, motivasi dan kaunseling yang berpejabat di Bandar Seri Putra Bangi mempelawa individu yang layak untuk mengisi jawatan kosong (sepenuh masa) di atas:-

Syarat Kelayakan:
1. Memiliki ijazah sarjana muda. Kelulusan dalam bidang psikologi, kaunseling, pendidikan, undang-undang atau dakwah adalah satu kelebihan. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dialu-alukan memohon.
2. Memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja sebagai jurulatih motivasi (trainer) dengan firma konsultansi latihan atau agensi kerajaan (memiliki sijil TOT satu kelebihan).
3. Memiliki kemahiran kejurulatihan (Substansial & Teknikal) dan personaliti seperti di bawah:-

Kemahiran Kejurulatihan (SUBSTANSIAL):
1. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
2. Mahir dalam pengetahuan agama Islam (Islamic revealed knowledge).
3. Mahir membaca Al Quran.
4. Mahir dalam facilitating dan pembelajaran dewasa (adult learning).
5. Mahir mengendalikan ceramah, latihan dalam kumpulan dan diskusi.
6. Mahir mengendalikan aktiviti fizikal seperti riadah, teambuilding games dan outdoor games.
7. Mahir mengendalikan pelbagai jenis audien seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa.
8. Mahir menstruktur dan menyediakan modul latihan.
9. Mahir membuat penyelidikan dan kajian untuk penyediaan bahan-bahan latihan.
10. Mahir menulis artikel ilmiah, kertas cadangan dan laporan.
11. Mahir menguruskan acara dan program (keurusetiaan).

Kemahiran Kejurulatihan (TEKNIKAL):
1. Mahir menggunakan perisian spt; Microsoft Word, PowerPoint, Excel.
2. Mahir menggunakan perisian spt; Adobe Illustrator, Photoshop, Premier satu kelebihan.
3. Mahir mengurus blog dan media sosial.
4. Mahir mengendalikan peralatan teknikal spt; laptop, LCD projektor, PA system.
5. Memiliki lesen memandu & kenderaan sendiri.

Ciri-ciri Personaliti (WAJIB):
1. Jaga solat 5 waktu.
2. Rendah diri.
3. Berdikari (Rajin, Inisiatif Tinggi & Proaktif).
4. Amanah, jujur dan bertanggungjawab.
5. Sihat dan cergas tubuh badan (Physically fit).
6. Cepat faham dan suka belajar perkara baru (Fast leaner).
7. Tahan cabaran dan mampu bekerja di bawah tekanan.
8. Berperwatakan menarik dan aura diri yang meyakinkan.
9. Sedia bekerja hujung minggu, lebih masa & luar kawasan (outstation).
10. Tidak merokok.

Skop Tugasan:
1. Membuat kajian dan penyelidikan berkaitan latihan.
2. Membangunkan dan menyediakan modul latihan.
3. Menyediakan kertas cadangan program latihan dan laporan pasca latihan.
4. Menulis artikel untuk siaran dalam blog, akhbar, majalah dan jurnal.
5. Memasarkan dan mempromosi program-program latihan anjuran syarikat.
6. Mengendalikan program-program latihan.
7. Menguruskan program-program latihan dan acara anjuran syarikat.
8. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Pengurus Operasi dari semasa ke semasa.

Faedah yang disediakan:
1. Gaji pokok RM1,900 sebulan
2. Caruman KWSP
3. Caruman Perkeso
4. Latihan dan kursus
5. Elaun profesional
6. Elaun perubatan diri dan keluarga
7. Elaun perjalanan
8. Insentif perkahwinan
9. Insentif kelahiran anak
10. Cuti (rehat, sakit)

Berminat?
Segera hantarkan resume anda ke beourteamairt@gmail.com. Sila nyatakan di dalam resume anda perkara-perkara berikut:-

1. KEMAHIRAN berkaitan.
2. Tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan.
3. Gaji akhir diterima.
4. Gaji diminta (yang PALING RENDAH anda boleh terima).
5. Sila lampirkan PROFIL KERJA anda (latihan yang pernah dikendalikan).

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Disediakan oleh:
Unit Sumber Manusia
Divisyen Pentadbiran & Kewangan
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING (1495566-V)
No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra
43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 03 8922 2934
Faks: 03 8922 3934