22 September 2011

I'BAD CAMP!; Kem Kembara Ibadah & Jatidiri Remaja


Apa uniknya I'BAD Camp! ini? Sudah pastilah jawapannya ialah TEMPAT dan CARA ia dikendalikan.

‘Summer camp’ di masjid? Ya, itulah keistimewaan program ini. Sememangnya matlamat utama kami membangun dan menganjurkan program ini adalah untuk memberi dimensi baru kepada aktiviti masjid khususnya aktiviti untuk golongan remaja muslim.

Kami menukar 'wajah biasa' masjid menjadi seolah-olah sebuah kem latihan apabila pelbagai aktiviti pembinaan karakter, sakhsiah, rohani dan minda dijalankan dengan kreatif dan menyeronokkan di masjid. 
Ber'camping' di masjid adalah di antara faktor tarikan utama program ini. Dengan kemudahan khemah doom bersaiz 4 orang satu khemah yang kami sediakan dan dirikan dalam jumlah 15-20 buah bergantung kepada jumlah peserta, ia benar-benar mengubah lanskap masjid. Ia mampu mengubah perspektif anak-anak remaja dan ibubapa tentang masjid dan kemampuannya menyediakan program-program menarik untuk tujuan pembinaan diri masyarakat sekelilingnya.

Sejak 2004 kami telah membantu banyak masjid menganjurkan program ini dan ia mendapat sambutan yang amat baik dan menggalakkan daripada masyarakat dan ahli kariah masjid.

I'BAD Camp! sesuai dianjurkan sepanjang masa kerana ia hanya mengambil masa 3 hari 2 malam. Kebiasaannya program dianjurkan bermula pada hari Jumaat (5.00 petang) dan berakhir pada hari Ahad (1.00 petang).

Sekiranya I’BAD Camp! dapat dianjurkan setiap bulan ia memberi peluang yang baik kepada ibubapa untuk melibatkan anak-anak remaja mereka dalam program yang bermanfaat tanpa perlu menunggu musim cuti sekolah tiba. Tambahan pula, proses membangunkan nilai unggul dalam diri insan memerlukan usaha yang berterusan dan bukannya sekali-sekala.

Sehubungan itu, kami mempelawa mana-mana pihak seperti pihak pengurusan masjid dan surau, jabatan agama, persatuan penduduk atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menghubungi kami bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menganjurkan I'BAD Camp! di tempat masing-masing.



PENGENALAN
I’BAD Camp! (Ibadah Adventure Camp) atau Kem Kembara Ibadah dan Jatidiri Remaja bermatlamat menyuntik pendekatan berbeza ke dalam program-program berbentuk kerohanian, pembinaan sakhsiah dan kecemerlangan diri agar menjadi lebih mesra remaja dan mampu menarik minat golongan tersebut.

Keunggulan remaja tidak harus diukur dari sudut akademik semata-mata. Imej diri bersih, jelas matlamat hidup, konsisten dalam ibadah dan matang berfikir adalah kualiti sebenar yang membezakan di antara remaja unggul dengan mereka yang kecelaruan arah hidup rentetan pengaruh persekitaran. Melalui program unik ini, kami membantu menerbitkan kesedaran dan kemahuan dalam diri peserta untuk membudayakan nilai-nilai hidup unggul berteraskan ajaran agama dan nilai budaya bangsa.

OBJEKTIF
1. Membimbing remaja muslim melalui pembudayaan gaya hidup sihat, imej diri positif dan tinggi daya saing dalam usaha menjadi hamba Allah, anak, rakan, pelajar dan warganegara yang unggul.

2. Membantu ibubapa mempelbagai pendekatan dalam memantau tumbesaran personaliti anak-anak remaja.

3. Membantu masjid memperkaya program mendekati remaja dengan lebih praktikal, berkesan dan menarik.

KANDUNGAN
1. Aqidah & Ibadah
Mengupas konsep asas kejadian insan, asas aqidah dan ibadah serta perkaitannya dengan jatidiri remaja Melayu dan muslim.

2. Akhlak & Imej Diri
Mengupas kepentingan akhlak, personaliti dan hubungan sesama manusia dalam membina kejayaan sebagai seorang muslim.

3. Potensi & Matlamat Diri
Mencungkil potensi diri untuk membentuk keyakinan diri, daya saing, semangat juang tinggi melalui pembentukan matlamat hidup yang jelas.

4. Kemahiran Kendiri & Ikhtiar Hidup
Menggalakkan peserta berusaha untuk berfikiran kreatif, berani mencuba dan berdikari dalam menjalani kehidupan harian melalui amalan pengurusan kendiri sihat.

KERJASAMA MASJID-ASASINSAN-IBUBAPA
Program ini direka bentuk agar mudah dianjur dan dikendalikan. Berdasarkan pengalaman lepas, program ini terbukti dapat dijalankan dengan mudah, lancar dan berkesan melalui gandingan kerjasama erat antara masjid, ibubapa dan AsasInsan.

Banyak masjid yang telah menganjurkan program ini di masjid masing-masing sejak 2004 antaranya ialah:

Masjid Al-Khairiah, Taman Seri Gombak
Masjid Kuarters KLIA, Nilai
Masjid Jamek Kg. Bangi
Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur
Masjid At-Tirmizi, Petaling Jaya
Masjid An Nur, USJ4 Subang Jaya
Masjid Kg. Pandan, Kuala Lumpur
Masjid Hidayatul Muttaqin, Shah Alam
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta
Masjid Ar Rahmah, Banting
Masjid Ar Raudhah, Senawang
Masjid Jamek Pekan Kajang
Masjid UPM, Serdang
Masjid Jame’ Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu
Masjid Al Istiqamah, Banting
Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masjid Kiyai Haji Abdullah Omar, Kapar
Masjid Al Faizin, Kepong
Masjid Bandar Baru Batang Kali
Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya
Masjid Asy Syakirin, Jenderam Hilir
Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
Masjid Ar-Ridha, Sepang
Masjid Al Islahiah, Kuang

SILA KLIK DI SINI untuk lihat gambar-gambar program yang lepas.

KAEDAH UNTUK MENGANJURKAN KEM INI DI MASJID ANDA
1. Hubungi kami untuk menempah tarikh program.
2. Hantarkan surat rasmi mengesahkan penganjuran yang ditandatangani oleh Nazir/Imam Besar Majid.
3. AsasInsan dan Masjid akan mengadakan perbincangan untuk penyelarasan mengikut keperluan.
TARIKH PILIHAN
Tempahan dan pengesahan tarikh hendaklah dibuat selewat-lewatnya DUA (2) BULAN sebelum tarikh cadangan kem akan dianjurkan. Ini untuk memberi ruang masa yang secukupnya untuk proses promosi dan pendaftaran penyertaan.

HARAPAN
Masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat Islam seharusnya dibantu untuk menjadi lebih dinamik, mesra pengguna dan praktikal dalam menyediakan program-program berkesan kepada masyarakat. Kami bersedia menghulur kepakaran dan pengalaman dalam menganjurkan program-program pembangunan insan khususnya untuk remaja demi membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Islam khususnya dalam membudaya agama dalam kehidupan. Insya Allah.

20 September 2011

Program & Research Assistant (PRA)


* Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Pusat Motivasi & Kaunseling
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING

Kami mengalu-alukan penyertaan mahasiswa/i yang bersemangat dan bermotivasi tinggi serta minat menceburi bidang pembangunan diri untuk menyertai

Program Latihan Asas Fasilitator AsasInsan (LAFAS
Siri Pentauliahan Tahap 1
“Melatih Anda Membina Kemahiran Sebagai Fasilitator Pakar”

Untuk julung-julung kalinya, kami membawakan untuk anda satu kemahiran yang baru, berguna dan menarik untuk menambah senarai kemahiran diri yang anda miliki – Kemahiran Kefasilitatoran.

Anda boleh mencapai tahap PAKAR tanpa perlu menunggu sehingga tamat pengajian. Bukankah ini satu kelebihan untuk anda apabila tamat pengajian kelak.

Anda juga tidak perlu berada dalam jurusan pengajian sains kemanusiaan untuk menguasasi kemahiran ini. Ramai telah membuktikannya.

Fasilitator ialah individu yang memiliki kemahiran dalam membantu ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesuatu proses yang telah dirancang atau ditetapkan. Perkataan fasilitator diambil daripada istilah bahasa Inggeris yang berasal dari kata kerja ‘facilitate’ yang bermaksud “a process which make something easy or less difficult ” (Oxford Advanced Learner’s Dictionary, 1993) atau suatu proses yang menjadikan sesuatu perkara lebih mudah atau kurang susah.

Anda akan dilatih sehingga mahir mengendalikan aktiviti proses perkembangan individu atau kelompok dinamik dalam pelbagai program anjuran kami. Ini adalah peluang terbaik untuk anda menguji tahap keupayaan diri dan seterusnya mengembangkannya ke tahap yang lebih tinggi.

Anda akan didedahkan dan dilatih dengan pelbagai teknik dan kemahiran fasilitator seperti kemahiran pengendalian sesi, kemahiran penyediaan modul dan kemahiran komunikasi interpersonal bagi membolehkan anda mengendalikan sesi kelompok dinamik dengan berkesan.

Setelah menamatkan LAFAS SPT 1, anda boleh mengembangkan kemahiran sehingga ke tahap yang lebih tinggi sebagai Separa PAKAR dan PAKAR dengan menjadi Associate Facilitator dan Fasilitator Bertauliah kami.

Berikut adalah carta aliran LAFAS
Tahap Latihan         Durasi           Tauliah                                  Kepakaran
1.      Asas                      6 Bulan           PRA                                        Pelatih
2.      Pertengahan        1 Tahun          Associate Facilitator             Semi Pakar
3.      Lanjutan               1 Tahun          Fasilitator Bertauliah           Pakar

Mahasiswa/i yang berminat menyertai LAFAS perlu mengikuti Sesi Penilaian Kelayakan dan menjalani beberapa aktiviti untuk penilaian tahap kemahiran sebelum layak dipilih untuk menyertai LAFAS.

Untuk pertanyaan sila hubungi Pn. Zamin di talian 03-8922 2934.

19 September 2011

SUREHIRED!™-PERSEDIAAN GRADUAN - Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim (UPSI)



Terima kasih dan tahniah kepada Unit Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI di atas kejayaan menganjurkan Bengkel Persediaan Kerjaya SureHIRED! pada 17 September 2011. Penyertaan dan maklumbalas daripada mahasiswa Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI dalam program kali ini cukup memberangsangkan.

Kami yakin program sehari tersebut telah membantu membuka perspektif para peserta tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Mengenal personaliti dan potensi diri sendiri adalah persediaan awal terpenting bagi seorang graduan agar mampu bersaing dan menempatkan diri seganding dan sebanding dengan graduan jurusan dan universiti lain kelak.

Antara peserta yang berjaya menarik perhatian Motivator kami ialah seperti Siti Nizam, Dila, Intan, Sarah, Azura, Faris dan Suhada. Untuk berjaya kita harus mengusir jauh perasaan malu, ragu-ragu dan prasangka. Kekalkan kesungguhan, momentum dan prestasi, kejayaan pasti mudah kalian gapai. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat dan Selamat Maju Jaya.







12 September 2011

Keluarga AsasInsan Beraya Di Siti Nor Aini Nursing Home, Kajang.

Terima kasih kepada pihak Siti Nor Aini Nursing Home kerana telah memberi peluang kepada keluarga kerja AsasInsan untuk beraya bersama dengan warga Siti Nor Aini Nursing Home, Kajang.

Siti Nor Aini Nursing Home adalah sebuah tempat penjagaan warga tua, kebanyakkan penghuni disana adalah warga tua yang tiada waris dan menghidap penyakit yang serius dan kritikal.

*Sesi kenalan bersama warga tua di Siti Nor Aini Nursing Home

*Sesi tembual besama naib pengerusi Siti Nor Aini Nursing Home, Dr Abdullah.

*Persiapan juadah Hari Raya.

*Persiapan juadah Hari Raya.

*Sesi ramah mesra bersam warga tua di Siti Nor Aini Nursing Home.








*Pengarah Urusan AsasInsan (Che E), bersama salah seorang warga tua disana.

*Sesi pemberian cenderahati.




*Sesi pemberian sijil kepada Siti Nor Aini Nursing Home, atas kesudian menerima kedatangan kami.

*Sebahagian dari warga Siti Nor Aini Nursing Home bersama keluarga kerja AsasInsan.


*Sebahagian dari wajah-wajah Siti Nor Aini Nursing Home, Kajang.
Adakah selepas ini ia akan digantikan dengan wajah ayah anda?

Anda Yang Tentukan..

07 September 2011

Bengkel SUREHIRED!™; Kemahiran Persediaan Menghadiri Temuduga



FAEDAH MENGANJURKAN BENGKEL INI
1.     Memperbetulkan perspektif bakal graduan tentang cabaran mencari kerja.

2.    Mengenal pasti potensi dan kekuatan diri sebagai persediaan menghadiri temuduga kerja.

3.    Mendedahkan teknik berkesan dan kesilapan lazim dalam mencari kerja dan temuduga.

4.   Membantu bakal graduan menjadi lebih yakin untuk menghadapi alam pekerjaan.


SINOPSIS KANDUNGAN BENGKEL
Segmen 1 – Resume Memukau; Rahsia & Teknik Berkesan Membuat Resume Berkualiti

·      Teknik mencari info kerja kosong yang diminati

·      Teknik pemasaran diri berkesan

·      Kenali apa itu resume dan surat permohonan memukau

·      Kesilapan lazim dan fatal dalam resume dan surat permohonan

·      Rahsia resume dan surat permohonan kelas pertama

·      Rahsia bagaimana pegawai HR membaca dan menilai resume


Segmen 2 – Kuasai Teknik Temuduga Gaya Pro; Teknik Berkesan Menghadiri Temuduga

·      Minda - Majikan Mencari Calon Berfikiran Besar

·      Penampilan - Bagaimana Aura Warna Pakaian Mempengaruhi Dalam Temuduga

·      Persediaan - Kelebihan Menggunakan Aksesori Diri Berimpak Tinggi Dalam Temuduga

·      Dokumen - Tampil Profesional Dengan Penggunaan Personal Executive Document

·      Komunikasi - Mencetus Tanggapan Awal Positif, Rahsia 5 Minit Pertama

·      Soal-Jawab - Teknik Bouncing; Gaya Matang Menjawab Soalan Kritis


KUMPULAN SASARAN
Mahasiswa tahun akhir pengajian (finishing school).


TEMPOH BENGKEL
4 jam (9 pagi - 1 petang) - untuk 1 segmen

8 jam (9 pagi - 5 petang) - untuk modul penuh


Untuk menganjurkan bengkel ini di kampus anda

sila hubungi kami di talian


013.378.1934

untuk dapatkan info lanjut.